Alam & Sains 29 May, 2020

Tahniah orang Terengganu! Kini jadi zon hijau wabak COVID-19

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

 

“Alhamdulillah, semua pesakit COVID-19 telah sembuh di Terengganu apabila pesakit terakhir telah discaj dan dibenarkan pulang. Terima kasih kepada semua 'frontliners' atas pengorbanan anda. Terus patuh arahan, jaga penjarakan sosial dan jaga kebersihan. Terima kasih kepada semua rakyat Terengganu,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. : KitaReporters 

Dr Ahmad Samsuri membuat catatan menerusi Facebook miliknya apabila merujuk Terengganu kini bebas daripada wabak COVID-19.


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.



Dr Ahmad Samsuri membuat catatan tersebut menerusi akaun Facebook miliknya apabila merujuk Terengganu kini bebas daripada wabak COVID-19. 

Terengganu kini menjadi negeri terbaharu bebas daripada wabak COVID-19 dan dikategorikan sebagai negeri zon hijau pandemik terbabit.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, apabila pesakit terakhir positif COVID-19 yang berumur 35 tahun sudah dibenarkan pulang pada Rabu  27 Mei 2020.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus 


"Pesakit dari Kemasik, Kemaman itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang pada 20 Mei 2020 setelah dikesan positif.

"Alhamdulillah, dia telah didiscaj dan tiada lagi kes aktif COVID-19 di Terengganu ketika ini namun saya harap kita semua tetap mengamalkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan wabak ini kembali menular,” katanya. 

Dr Nor Azimi berkata, setiap daripada kita mesti mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kementerian dan kerajaan. 

Untuk rekod, Terengganu antara negeri yang mencatatkan kes positif COVID-19 terendah dengan 111 kes termasuk satu kematian.

Grafik status kes COVID-19 di Terengganu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada 28 Mei 2020


Kes tertinggi dengan 38 kes direkodkan di daerah Dungun, Besut 35 kes, 18 di Kuala Terengganu, lapan di Setiu, Kemaman enam, Kuala Nerus empat dan Marang dua.

Manakala, Hulu Terengganu kekal dengan sifar kes sejak wabak ini menular dalam masyarakat di Malaysia.

Pecahan status mengikut Mukim di seluruh Terengganu sehingga 28 Mei 2020

"Alhamdulillah, kita tiada lagi kes aktif COVID-19 ketika ini dan saya berharap penduduk Terengganu terus mengamalkan kebersihan seperti saranan Kementerian Kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial,” katanya. 

Kata Dr Nor Azimi, bagi urusan harian seperti sektor perniagaan pula, teruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian seperti mengambil butiran pelanggan, memeriksa suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing. - KitaReporters

15
3
0
0
1
You will be interested