Alam & Sains 17 Jan, 2022

Video| Ni baru kayangan! Tandas cantik, bersih, rekaan moden! Stesen minyak Melor KB jadi tular!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Tandas Kayangan di Pekan Melor,Kelantan menarik perhatian orang ramai. - Kredit gambar: Ihsan Nik Erra


MUNGKIN ramai yang berfikir panjang apabila mendengar tandas awam terutama bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kerana kebiasaan tandas awam sangat 'tidak terurus' selain keadaan yang tidak bersih.

Malah ada yang terpaksa membuat pilihan dengan mencari tandas yang betul-betul sesuai bersih sebelum menggunakan.

Ini kerana kebanyakan tandas awam adalah jijik dan kotor dengan keadaan yang tidak terurus menyebabkan pengguna terpaksa berhati-hati mencari tandas yang bersih.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tandas


Nik Erra Nik Yahya tidak menyangkakan tandas awam boleh kelihatan bersih dan mampu diurus secara sempurna .


Bagaimanapun, tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor, dekat Kota Bharu, Kelantan, sangat luar biasa dan tidak seperti tandas awam lain.

Lebih menarik perhatian, keadaan bersih dan dihias dengan cantik seperti berada dalam tandas di rumah sendiri.

Unik kan? Sesuai dengan namanya “Tandas Kayangan”, ia sememangnya memberi kepuasan kepada pengguna yang berpeluang menggunakan tandas tersebut.

Tular dalam media sosial tandas tersebut menyebabkan ramai yang teruja untuk menggunakannya berikutan hiasan dalaman di Tandas Kayangan berkenaan kelihatan cantik dan sangat luar biasa.


Nik Erra merakam kenangan di hadapan tandas kayangan yang terletak di Melor, Kelantan.



Kisah menarik berkenaan dikongsi oleh pengguna Facebook yang dikenali dengan Nik Erra Nik Yahya yang berkongsi pengalaman menggunakan Tandas Kayangan itu selepas tular dalam media sosial.

“Betul bagaikan di kayangan, orang ramai yang menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak berkenaan akan terpegun dengan hiasan dan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berkenaan yang nyata lain daripada biasa,” katanya. 

Menurutnya, hiasan eksklusif dengan tema keemasan itu membuatkan sesiapa sahaja yang menggunakan kemudahan awam secara percuma tersebut teruja untuk berada lama di dalam tandas berkenaan.

Tambahan pula ia dilengkapi pendingin hawa, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.


Alat pemanas air disediakan kepada orang ramai yang menggunakan tandas kayangan


“Kali pertama jumpa tandas kayangan di stesyen minyak Petron, Melor, Kelantan, teruja teruk aku,” tulisnya.

Katanya, mungkin sesetengah orang akan berfikir terlalu memuja tempat kotor, tetapi bagi aku ini satu kepuasan pada pemilik dan juga boleh membuka mata ramai orang untuk menjaga kebersihan.

“Tahniah kepada Datuk Dr Ahmad Omar, 84, yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya untuk kegunaan orang ramai.” tambah tulisan Nik Erra. 

Wanita kelahiran Kelantan yang berusia 35 tahun itu berkata, ramai yang menganggap tindakan pemilik stesen minyak tersebut membina tandas sebagai sesuatu janggal kerana membina sebuah tandas yang berkonsepkan moden dan bagai kayangan untuk kegunaan awam.

Namun Ahmad tidak menjadikan kecaman itu sebagai pematah semangat untuk beliau terus membuat kebajikan kepada orang ramai.


Nik Erra menunjukkan meja yang disediakan dengan pelbagai jenama mekup untuk kegunaan pengguna.


Bertemakan “Tandas Moden Ala Syurga Dunia” pemilik tandas tersebut turut menyediakan pelbagai jenis alat mekap untuk kegunaan wanita dan lelaki yang disediakan secara percuma kepada pengguna.

Ketika menggunakan tandas itu orang ramai juga boleh menggunakan pemanas air untuk mandi di tandas berkenaan.

Malah pemiliknya berkongsi beliau memperuntukkan kira-kira RM10,000 untuk menyiapkan Tandas Kayangan dan berharap dengan keadaan tandas luar biasa memberi inspirasi kepada pihak lain menjadikan tandas juga sesuatu yang perlu dijaga selain menjaga dalam keadaan sempurna dan terururs. - KitaReporters


Set televisyen turut disediakan dalam ruang tandas kayangan


Ruang dalaman tempat membuang najis turut dihias dengan pelbagai corak menarik

11
20
1
10
1
You will be interested