Alam & Sains 23 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Ada berita baik! Pemeriksaan kesihatan percuma! Untuk bantu rakyat kekal sihat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



AIA Malaysia menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara dalam usaha berterusannya untuk menggalakkan Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna

Sepanjang bulan April dan Mei 2022, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Alpro Pharmacy dan melakukan saringan kesihatan asas secara percuma. Saringan ini termasuk ujian untuk kolesterol darah, tekanan darah, glukosa darah, serta pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI).  


Lagi ceria-cerita menarik berkaitan pemeriksaan kesihatan


Inisiatif yang bertepatan dengan aspirasi Keluarga Mlaysia ini adalah sebahagian daripada kempen #LiveWithVitality syarikat insurans tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit kritikal (CI) di Malaysia, AIA berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan kaedah pencegahan dan mendapatkan diagnosis awal demi kualiti hidup yang lebih baik.

“Kempen #LiveWithVitality adalah sebahagian daripada usaha AIA untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui tahap kesihatan mereka dengan lebih baik

"Daripada hanya berjumpa doktor apabila berasa tidak sihat, kami ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar dapat mencegah diagnosis peringkat akhir bagi NCD dan CI," menurut syarikat insurans itu dalam satu kenyataan media pada 22 April 2022. 



"Memandangkan Malaysia menuju ke arah menjadi sebuah negara tua, pemeriksaan kesihatan adalah penting bagi tujuan pengesanan dan diagnosis awal yang kemudiannya membawa kepada prognosis dan pemulihan yang lebih baik. 

"Kami berharap inisiatif seperti ini dapat menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan awam,” kata Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd dalam kenyataan tersebut.  



Pada masa yang sama, pelanggan AIA yang merupakan ahli AIA Vitality akan terus menikmati pemeriksaan kesihatan asas percuma mereka di farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara yang mana mereka akan memperoleh mata AIA Vitality setelah melakukannya untuk berpeluang menebus lebih banyak ganjaran. 

Sebagai insentif tambahan, ahli yang membuat janji temu dan berjaya melengkapkan pemeriksaan kesihatan ini antara 1 April dan 31 Mei 2022 juga akan menerima baucar bernilai RM10.  

Mulakan perjalanan anda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, ihsan daripada AIA hari ini – sah sehingga 31 Mei. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aia.com.my/THS - KitaReporters


15
13
0
10
0
You will be interested