Alam Canggih 20 Jun, 2021

Masyarakat Baduy amalkan air jampi tangkal Covid-19! Tiada penduduk yang dijangkiti pandemik!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

WARGA Baduy Desa Kanekes, Kacamaten Lewidamar berkumpul beramai dalam acara tradisional mereka. - Kredit Foto : TribunBanten.com


MASYARAKAT Baduy di Desa Kanekes, Kacamatan (mukim) Lewidamar, Kabupaten (daerah) Lebak di Banten, Pulau Jawa menolak vaksinasi Covid-19 yang diarahkan oleh pemerintah pada 29 Jun 2021, sebaliknya mereka lebih percaya dengan mengamalkan air jampi dapat mengatasi wabak Covid-19. 

Sehingga kini perbuatan itu telah berjaya kerana tiada seorang pun warga Baduy dikesan positif Covid-19 meskipun bagi mereka yang  berada di luar Desa Kanekes tidak mudah dijangkiti virus berkenaan selepas minum air jampi tersebut.

Selain minum air itu dan mandi air jampi, beberapa sekatan Covid-19  di desa terbabit yang dilakukan oleh seorang bomoh terhandal di kawasan itu bagi mencegah Covid-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jampi

PERKAMPUNGAN warga Baduy di Desa Kanekes, Lewidamar, Lebak, Banten di Pulau Jawa. - Kredit foto: TribunBanten


Ketua Kampung Desa Kanekes, Jaro Salja berkata pihaknya telah melakukan perbuatan tersebut sejak setahun lalu untuk menangkap kuman Covid-19 supaya tidak melanda di kampungnya.

Dia berkata, pihaknya juga telah melakukan meminum air itu secara beramai-ramai dengan dibacakan ayat-ayat  jampi oleh bomoh sebagai penangkal Covid-19.



``Kami menolak vaksinasi daripada pemerintah (kerajaan) dan perkara itu telah disampaikan oleh warga Boduy kepada kami kerana mereka masih berpegang teguh pada adat resam di kampung ini," katanya kepada TribunBanten.com pada Sabtu 19 Jun 2021.

TribunBanten.com turut melaporkan hal tersebut diyakini bahawa ia dapat menangkal penyebaran Covid-19 dalam kalangan penduduk di dalam kampung itu ataupun di luar kampung berkenaan.

Setiap masa, kata Jaro Salja, pihaknya kerap melakukan doa beramai-ramai demi keselamatan penduduk kampung itu dari wabak itu.


SEBAHAGIAN rumah kediaman warga Baduy di Desa Kanekes. - Kredit Foto : TribunBanten


``Beberapa waktu lalu, kita kumpul orang kampung melakukan upacara bersama berdoa bagi warga Boduy, kita pagar (sekatan)  kampung, sawah dengan doa dan ayat-ayat jampi.

``Usaha-usaha tradisional  itu yang dilakukan secara berterusan sebagai tangkal Covid-19 adalah ia sebagai ikhtiar kami dan sehingga hari ini terbukti tiada seorang pun warga Bayou yang berada di mana-mana terkena jangkitan virus itu, walaupun Covid-19 sudah melanda di negara ini (Indonesia) sejak Mac tahun lalu (2020),’’ katanya lagi.

Setakat ini, 1,127 kes pesakit Covid-19 dilaporkan di beberapa kawasan di Lebak, Banten. - KitaReporters


1
3
1
0
0
You will be interested

iKool! UIAM hasilkan salap bahan semula jadi legakan masalah batuk, selesema! Gejala Covid-19!

4 penyelidik dari Kulliyyah Farmasi UIAM diketuai Dr. Farahidah Mohamed hasilkan ubat salap untuk legakan gejala batuk dan selesema. Salap ini diberi nama iKool

Roslan Rusly in Alam Canggih 1 week ago

Penggali kubur terkejut! Jumpa tengkorak manusia, harta karun! Cincin, gelang emas ditemukan!

4 penggali kubur di Jatibaru Timur, Asakota, Kota Bima NTB terkejut apabila temukan tengkorak manusia bersama harta karun berupa cincin, gelang, anting emas
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Apabila cinta kepada kucing jadi usaha perniagaan! Nazirul, Zuhaili buka kedai, hotel kucing!

Mohd. Nazirul Ramli, isterinya, Zuhaili Chasmani labur RM85 ribu hasil simpanan mereka bagi realisasikan keinginan untuk memiliki sebuah kedai haiwan peliharaan
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 3 days ago

Larangan rentas negeri, nikah patuhi SOP! Pernikahan Noor Syawatul, Izzuddin guna Google Meet!

Bagi beri peluang saudara-mara lihat majlis pernikahan anak sulung di Kota Bharu, Norhayati Mohd Noor ambil inisiatif siarkan majlis guna pautan Google Meet
Rosdi Ismail in Alam Canggih 3 days ago

Video| Lama menghilang! Ayie Leon temukan kehidupan baharu masa PKP! Kini jatuh hati pada Mico!

Hampir dua tahun hilang dari radar industri muzik sejak PKP, Ayie Leon tak pernah tinggalkan bidang nyanyian, sebaliknya temukan “cinta” baharu bersama Mico
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago