KEMENTERIAN Kewangan menerusi inisiatif MyDigital akan memastikan pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan dibuat tanpa tunai menjelang 2022.
Menterinya,
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut akan membawa
kepada keselamatan transaksi yang lebih tinggi, penyelarasan lebih baik,
komunikasi mengenai inisiatif antirasuah dipertingkatkan serta perkongsian
maklumat yang lebih mudah.
“Setakat
tahun lalu, sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan bayaran kerajaan adalah
melalui e-pembayaran.
“Saya menyedari usaha Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk memperkukuh kecekapan fungsi kewangan sektor awam serta juruaudit dalaman yang bekerja di audit operasi dan audit kewangan,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Rabu, 9 Jun 2021.
MyDigital
menggariskan rancangan untuk mempercepat pencapaian Malaysia sebagai negara
ekonomi maju dari segi teknologi melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Malaysia. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Tengku Zafrul berkata ini akan mendorong keselamatan transaksi lebih tinggi, penyelarasan lebih baik, komunikasi mengenai usaha antirasuah dipertingkatkan serta perkongsian maklumat lebih mudah.