Alam & Sains 19 Aug, 2020

Tandas lut sinar? Annuar Musa cadang buat di Kuala Lumpur?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TULAR dalam media sosial tandas awam lut sinar di Tokyo, Jepun yang dicipta oleh seorang pereka untuk menarik pelancongKeunikan dan ‘keberanian’ ciptaan lut sinar tersebut antara faktor utama ia tular dan mendapat perhatian. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Annuar Musa:

https://kitareporters.com/search?search=Annuar+Musa


Menurut pereka tersebut, tandas itu dicipta sedemikian antara sebabnya ialah mahu pengguna melihat terlebih dahulu dekorasi di dalam tandas tersebut sebelum memasukinya.

Mungkin ramai yang terfikir bagaimana mahu ‘melepaskan hajat’ sedangkan tandas tersebut lut sinar atau tembus pandang dan pastinya aksi boleh dilihat oleh orang ramai.


Namun, jangan panik atau khuatir orang nampak kerana dengan teknologi yang canggih, tandas lut sinar yang diperbuat daripada kaca itu akan bertukar menjadi gelap atau terlindung apabila ada seseorang memasuki dan mengunci pintu tandas.

Ini bermakna ia akan menjadi lut sinar apabila tiada sesiapa yang memasukinya. Jadi, anda dapat ‘melepaskan hajat’ dengan aman dan tanpa gangguan.


Keunikan dan kecanggihan yang ada pada tandas tersebut juga menarik perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Menurut Annuar dalam laman Twitternya, idea tersebut sangat bagus dan menarik sekiranya ada di Kuala Lumpur.

“Wow, idea yang hebat! Jom, milikinya di KL,” tulisnya ringkas.


Namun cadangan Annuar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya dalam Twitter. Ada yang setuju dan sebaliknya.

“Mahal jugak kos ni. Kalau kena vandalism masak. Tapi kalau untuk beberapa tempat tumpuan pelancongan nampak ok. Khusus untuk promosi pelancongan. 

"Pejabat saya guna teknologi cermin ni lama dah YB. Cuma kami guna untuk salah satu bilik mesyuarat yang kami ada,” tulis salah seorang netizen yang setuju dengan idea Annuar itu.


Manakala segelintir pula tidak setuju kerana menanggap ia satu pembaziran.

“Tan Sri, daripada menggunakan duit rakyat pada benda bourgeoisie (mewah) macam ni eloklah dipertingkatkan semua tandas awam bawah DBKL dengan material yang lagi tahan lama,” cadang salah seorang netizen yang kurang setuju dengan idea tersebut.


Mungkin apa yang dicadangkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu hanyalah satu pendapat serta cadangan tidak rasmi dan mahu melihat sejauh mana reaksi rakyat terutama penduduk di Kuala Lumpur.

Ada sesetengah pendapat orang ramai, boleh diterima akal dan diguna pakai. Perbincangan seperti ini walaupun tidak rasmi, ia mampu mewujudkan persekitaran perbincangan yang sihat.

Cuma, jagalah adab menulis dan berkata-kata agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau tak setuju, cakap baik-baik dan tidak perlulah mengeluarkan kata-kata kesat. : KitaReporters

1
5
0
3
0
You will be interested