Alam & Sains 23 Nov, 2020

Video| SMK Kuala Besut juara dunia! KWN Global Summit 2020!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

JANGAN disangka pelajar dalam kalangan anak nelayan di Terengganu tidak mampu mengharumkan nama sekolahnya ke persada dunia kerana status sekolah mereka pun berada di lokaliti perkampungan nelayan selain menghadapi serba kekurangan teknologi moden berbanding di negara maju. Namun pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut (SMKKB) Terengganu. : KitaReporters 



Pelajar SMKKB yang menyertai pertandingan menerusi secara atas talian akibat Pandemik COVID-19


Lagi kihak-kisah berkaitan sekolah: 

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Ketika manusia sejagat menghadapi kehidupan norma baharu dalam tempoh pendamik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pelajar SMKKB mampu mengocangkan dunia dalam bidang pendidikan sains dan teknologi.

Terbaharu, sekolah tersebut sekali lagi membuat kejutan apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah terpilih ke peringkat akhir dan seterusnya menjadi johan antarabangsa dalam Pertandingan Kid Witness News (KWN) Global Summit 2020


Kredit foto: https://www.panasonic.com/global/corporate/kwn/summit2020.html


Foto pertandingan KWN Global Summit 2020 yang disiarkan oleh Facebook Panasonic KWN Global



Pasukan dari sekolah tersebut telah menjadi Johan pada peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa yang mana pertandingan peringkat akhir ini sepatutnya dilangsungkan di Osaka, Jepun, tetapi akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia, pertandingan peringkat akhir telah dilangsungkan secara dalam talian.

Menerusi pertandingan itu, SMKKB mempertaruhkan video pendek yang berjudul "Mark Roso: The Island Boy", yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang membantu mencari sumber ekonomi keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu bot di Pulau Perhentian pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Pada peringkat akhir pertandingan anjuran Panasonic ini hanya 3 buah negara yg terpilih iaitu negara tuan rumah Jepun, Vietnam dan juga SMKKB mewakili Malaysia. 

Pada peringkat awal, sebanyak 150 video telah dihantar dari seluruh pelosok dunia.


Foto-foto pertandingan. - Kredit foto: Facebook Panasonic KWN Global


Memang terbaik, sebuah sekolah harian biasa di perkampungan nelayan, SMKKB atau lebih dikenali KuBEST sememangnya hebat dan berbakat luar biasa dan juga mendapat sokongan penuh guru-guru, Jabatan Pendidikan Daerah Besut dan  pemimpin tempatan dalam usaha merealisasikan impian agar sentiasa hebat dalam kurikulum dan juga kokurikulum.

Sebelum ini, sekolah  tersebut pernah dinobatkan sebagai juara dunia dalam pertandingan Kempen Kesedaran Nuklear “Third International Conference on Human Resource Development for Nuclear Power Programmes: Meeting Challenges to Ensure the Future Nuclear Workforce Capability” yang berlangsung di Korea Selatan, pada 2018


Faizul Abd Rahman


Ketua Unit Inovasi SMKKB Faizul Abd Rahman berkata, dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada hari ini, Isnin 23 November 2020, pihaknya menampilkan lima peserta  terdiri, yang terdiri daripada tiga pelajar tingkatan lima dan dua pelajar tingkatan dua mewakili sekolah tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut ialah Muhammad Afiq Muhammad Ridzuan, 17; Umar Hamzah, 17; Mohamad Aqif Azfar Mohamad Azhar, 14; Mohamad Aqib Azfar Mohamad Azhar, 14; dan Nik Muhammad Izzul ImanNik Mawardi, 17; manakala Mohd Masrur Afdie Matzuki, 17, menjadi pelakon utama dalam video pendek tersebut.

Katanya, beliau selaku ketua unit dibantu oleh empat guru lain iaitu Azriwati Shadzul Bakri (ketua projek), Wan Zul Asri, Rohaya Husin dan Zurawati Abu Bakar.

Pertandingan yang mengambil masa selama enam jam sejak jam 9 pagi yang berlangsung di sekolah itu dan hanya disaksikan oleh sebahagian  guru-guru yang berkaitan sahaja kerana mengikut SOP.


Guru dan pelajar SMKKB bergambar kenangan selepas dumumkan sebagai juara pertandingan


“Kami mengambil masa sebulan untuk menyiapkan video berdurasi lima minit dengan pengambaran dibuat di pusat pelancongan tersohor Pulau Perhentian, Besut,” katanya.

Beliau berkata, lima pelajar terbabit terbabit secara langsung dalam kerja-kerja penulisan skrip, penggambaran, animasi dan edit. 

KWN (Kid Witness News) adalah program pendidikan video global yang disokong oleh Panasonic, dengan tujuan meningkatkan kreativiti dan kemahiran komunikasi dan memupuk kerja berpasukan melalui penghasilan video oleh anak-anak di sekolah rendah dan menengah. 


Peserta pertandingan berpakaian pahlawan Melayu


Lebih daripada 183,450 kanak-kanak di seluruh dunia telah mengikuti program KWN sejak pertama kali bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1989.

Panasonic meminjamkan peralatan pengeluaran video ke sekolah untuk produksi video pelajar. 

Video yang dibuat oleh pelajar dihantar ke pertandingan anugerah tahunan negara/wilayah, dengan hadiah diberikan dalam lebih dari sepuluh kategori yang berbeza, termasuk berita, dokumentari, drama dan iklan. 

Sejumlah 3,450 kanak-kanak dari 417 sekolah di 16 negara/wilayah di seluruh dunia telah mengambil bahagian pada tahun 2019. 


Peserta penuh minat ketika menyertai sesi pertandingan sedang berjalan sambil diperhatikan oleh dua guru SMKKB


SMKKB telah menghantar seramai 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring untuk menghadiri Kursus KWN Panasonic yang diadakan di UNITEN, Bangi selama 3 hari 2 malam. Peserta-peserta kursus dari 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia telah berpeluang mengikuti kursus membuat video dengan menekankan aspek pengarahan dan editing.

Kuala Besut ialah sebuah pekan nelayan di Besut, salah satu daerah di Terengganu. Kuala Besut juga merupakan lubuk untuk industri pelancongan dan perikanan. 

Pemilihan jalan cerita  disebabkan oleh rata-rata pelajar di kawasan tersebut  banyak membantu keluarga dalam meringankan beban untuk mencari sumber kewangan dengan bekerja pada hujung minggu.



Sementara itu, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang kini Pengerusi FELDA, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, mengucapkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada pelajar dan pengurusan sekolah tersebut di atas kejayaan besar dan mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan. - KitaReporters


140
17
8
4
6
You will be interested