Alam & Sains 01 Feb, 2021

Video| Penduduk semakin bimbang! Kucing semakin hilang! Harga daging kucing RM20 sekilogram!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SONIA Rikzi memuat naik foto dalam Instagramnya seorang wanita sedang membuka guni dan di sebelah kiri dan kanan terdapat bangkai kepala kucing berada di dalam guni tersebut. - Kredit foto: Instagram Sonia


KEJADIAN kehilangan kucing pemeliharaan kini menjadi tular dalam media sosial di negara jiran kita selepas penemuan beberapa guni yang mengandungi bangkai kepala haiwan itu.

Bangkai tersebut dijumpai di Jalan Tangguk Bongkar 7, Kelurahan Tegal Sari Mandala, Kecamatan Medan Denai sejak beberapa hari lalu, lapor Tribunnews pada Khamis  28 Januari 2021. 

Portal berita Indonesia itu menyebut setiap guni yang dibuang itu terdapat tiga atau empat kepala kucing seperti selepas disembelih oleh pihak tertentu untuk dijual daging haiwan itu dengan harga 70,000 rupiah atau RM20.16 sekilogram.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kucing:

https://kitareporters.com/search?search=kucing 


SONIA RIZKI



Kehilangan binatang pemeliharaan itu amat membimbangkan penduduk sejak akhir-akhir ini apabila haiwan yang berada di luar kawasan kediaman mereka sentiasa hilang dicuri orang. 

Namun yang menjadi sasaran pencuri terbabit mereka akan mengambil kucing yang besar seperti ibu kucing, manakala anak kucing mereka tidak mengambil kerana dagingnya tidak banyak. 

Seorang  pemilik kucing, Sonia Rizki melalui Instagramnya pada 27 Januari 2021 lalu memaparkan seekor kucing kesayangannya bernama Tayo yang telah hilang dari rumahnya sejak beberapa hari lalu tidak diketemui walaupun dia sudah mencari di beberapa rumah jiran.




Sebelum itu Tribunnews dipetik sebagai melaporkan, netizen dikejutkan dengan seorang wanita yang memakai topi keledar berwarna hitam sedang membuka guni di tepi jalan di sebuah rumah kawasan tersebut. 

Selepas mengetahui berita itu, Sonia pergi ke tempat kejadian dan alangkan terkejutnya apabila mendapati di dalam guni tersebut terdapat bangkai kepala Toyo dan beberapa kepala kucing lain. 

``Ketika itu saya tidak bayangkan betapa sedihnya hati saya melihat kepala kucing kesayangan mati sedemikian rupa yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap haiwan itu yang sepatutnya dilindungi,’’ katanya. 



Seorang penduduk yang dikenali Henroy Panggabean berkata beliau pernah menemui beberapa usus yang dibuang di dalam longkang tetapi dia tidak pasti sama ada usus itu milik kucing atau haiwan lain. 

Dia tidak mengetahui kejadian sebenarnya tetapi mendengar khabar kucing-kucing tersebut disembelih di satu lokasi di sebuah rumah sembelih haiwan di kawasan itu. 

``Selepas disembelih daging haiwan itu dijual kepada orang tertentu dengan harga 70,000 rupiah satu kilogram dan kepala kucing itu dibuang ke dalam longkang yang berair serta di pingir jalan,’’ ujarnya. - KitaReporters


Anggota polis sedang menjalankan siasatan di sebuah rumah yang ditemukan guni berisi kepala kucing di Tegal Sari Mandala 2, Kecamatan Medan Denai. - Kredit Foto : Tribun Medan


6
5
7
2
18
You will be interested