Alam & Sains 13 Apr, 2023

Helo murid-murid sekolah menengah! Jom sertai pertandingan DIY Made Simple! Tarikh tutup 20 Mei 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Perhatian kepada semua pelajar dan guru sekolah menengah. Pertandingan tahunan 'DIY Made Simple' kini membuka penyertaan untuk edisi 2023.

Tema pada tahun ini, ‘Repurposing Waste, Countering Cost of Living', menyeru pelajar untuk mencari cara meningkatkan kemudahan sekolah mereka dengan menggabungkan kaedah mengguna semula, mengurangkan, mengitar semula, dan mengubah suai bahan buangan, di samping menangani isu kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, pertandingan ini juga ingin menonjolkan bagaimana langkah-langkah sedemikian juga menerapkan prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Pentadbiran), dengan penekanan terhadap alam sekitar.



Pertandingan do-it-yourself (DIY) tahunan ini dianjurkan bersama oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan Mr DIY (M) Bhd, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan Fakulti Alam Bina, dengan sokongan Bahagian Sukan, Ko-Kurikulum, dan Kesenian dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Maklumat tentang cara-cara penyertaan boleh didapati di https://www.mrdiy.com/mrdiy-group-x-universiti-malaya-diy-made-simple-2023 

Sekolah-sekolah yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 20 Mei 2023. 

Sebuah panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari Universiti Malaya (UM), Mr DIY, dan KPM akan menilai penyertaan tersebut dan menyenarai pendek enam belas sekolah. 

Sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakan projek mereka bersama dengan para pensyarah dari Fakulti Alam Bina UM dari 1 Jun - 31 Ogos 2023 untuk mengubah idea mereka menjadi kenyataan. 

Fasa penilaian akan dijalankan pada September 2023 di mana pelajar-pelajar tersebut akan mempersembah projek mereka yang telah siap kepada para juri. Para pemenang akan diumumkan dalam satu pusingan akhir pada bulan yang sama.

Untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan ini, layari https://myumcares.um.edu.my/diy-made-simple-2023-repurposing-waste-countering-cost-of-living.html - KitaReporters/Kenyataan Media


Pemenang tahun lepas (2022), Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang memenangi pertandingan DIY Made Simple 2022,

22
14
0
12
0
You will be interested