Alam & Sains 05 Aug, 2024

Nasihat untuk anak muda! Buat pemeriksaan kesihatan! 12% belia Terengganu ada penyakit darah tinggi!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


Golongan belia di Terengganu dinasihatkan agar tampil untuk jalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kesihatan supaya dapat mengesan lebih awal tentang penyakit dihidapi khususnya darah tinggi atau hipertensi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata golongan yang berisiko menghidap penyakit darah tinggi merupakan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. 


Dr Kasemani Embong


“Mereka berusia 20 hingga 40 tahun ini selalu merasakan bahawa umur mereka masih muda dan beranggapan tidak perlu jalani pemeriksaan kesihatan.

“Ini sepatutnya tidak berlaku dan kita minta datanglah secara ramai buat saringan supaya dapat mengesan tentang penyakit mereka yang dihadapi sebelum terlambat,” ujarnya lagi.



Menurut Dr Kasemani, seramai 3,840 atau 12 peratus belia di Terengganu, yang disaring menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) pada tahun 2023 dikesan menghidap penyakit darah tinggi .

Beliau berkata, namun malangnya ramai daripada mereka tidak menyedari keadaan tersebut.

Katanya, pihaknya telah menjalankan saringan terhadap 32,000 rakyat Terengganu pada tahun 2023 dan mendapati sebanyak 16 peratus daripada mereka mengalami penyakit darah tinggi yang tidak didiagnosis sebelumnya.



“Daripada jumlah tersebut, 12 peratus adalah golongan belia. Mereka hanya mengetahui mereka menghidap penyakit ini selepas menjalani saringan.

“Ramai kalangan masyarakat mengalami kematian dpada usia muda dan tiba-tiba jatuh pengsan. Pada ketika itu barulah dapat mengetahui bahawa mereka ini sebenarnya ada darah tinggi, pendarahan dan sebagainya," katanya sempena Program Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat Terengganu di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kual Nerus, pada 3 Ogos 2024.



Dr Kasemani juga memaklumkan, dalam kalangan pesakit diabetes pula, sebanyak 97 peratus daripada 39,000 pesakit aktif mempunyai penyakit darah tinggi.

Katanya, hanya 37 peratus mempunyai tekanan darah yang terkawal dan seramai 12 peratus tidak mengetahui bahawa mereka menghidap darah tinggi dan paling ramai adalah melibatkan golongan belia. - KitaReporters


 

15
11
0
5
0
You will be interested