Alam & Sains 17 Oct, 2025

Video| Nyamuk lawan nyamuk! Brazil bina kilang ternak nyamuk terbesar di dunia! Cegah demam denggi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Nyamuk adalah antara serangga yang mengancam kehidupan manusia kerana ia boleh memberi beberapa penyakit yang boleh membunuh.


Suatu masa dahulu nyamuk tiruk betina atau Anopheles cukup ditakuti kerana gigitannya boleh menyebarkan penyakit malaria. Namun demam malaria dapat dibendung dengan rawatan moden termasuk vaksin dan kini tidak lagi begitu dibimbangkan. 

Kini nyamuk aedes pula yang menjadi kebimbangan penduduk dunia kerana ia membawa demam denggi dan denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Usaha dilakukan untuk mengurang dan membunuh nyamuk aedes dengan melakukan semburan ubat di kawasan yang terdapat kes demam denggi.



Kini terdapat satu lagi kaedah membunuh nyamuk aedes. Iaitu nyamuk lawan nyamuk. Terdapat beberapa negara membina kilang menternak nyamuk untuk membunuh nyamuk aedes.

Dan Brazil baru-baru ini merasmikan kilang nyamuk terbesar di dunia, yang mampu menghasilkan sehingga 190 juta penyedut darah bersayap setiap minggu. Ia cukup untuk melayani populasi 100 juta orang selama setahun. 

Kilang seluas 1,300 meter persegi di Campinas, negeri Sao Paolo. Brazil mempunyai sejumlah kakitangan yang bekerja tanpa jemu untuk memastikan hampir 200 juta nyamuk mencapai kematangan sebelum dilepaskan untuk membiak. 

Bunyinya seperti mimpi ngeri, tetapi pada hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada proses yang didokumentasikan dengan baik untuk mencegah penularan demam denggi. 


Kilang menternak nyamuk terbesar di dunia di Sao Paolo, Brazil
Nyamuk Aedes aegypti yang dibiakkan di dalam kilang besar itu dijangkiti bakteria Wolbachia, yang menghalang virus denggi berkembang dalam badannya dan tidak dihantar kepada manusia. 

Apabila membiak, bakteria dihantar kepada anak-anak mereka. Pengeluaran nyamuk di dalam kilang Campinas bermula dengan beribu-ribu dulang yang diisi dengan air pada suhu terkawal, tempat larva berkembang. 

Apabila menjadi nyamuk, ia dipindahkan ke dalam sangkar di mana ia diberi makan makanan kegemaran nyamuk. Untuk Jantan, larutan manis dituangkan ke dalam bola kapas, dan untuk betina, darah haiwan dihidangkan dalam beg yang meniru tekstur kulit manusia. 



Nyamuk menghabiskan empat minggu di dalam sangkar. Pada masa itu ia membiak dan bertelur dalam dulang yang diletakkan di bahagian bawah sangkar.

Kaedah Wolbachia telah digunakan dengan jayanya di bahagian lain di dunia. Namun Brazil berharap untuk menggunakannya pada skala yang belum pernah dicapai sebelum ini. Ia perlu, kerana jangkitan demam denggi semakin teruk setiap tahun.

Negara Amerika Selatan ini mengalami wabak denggi terburuk dalam sejarah pada tahun 2024, menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada semua jangkitan yang dilaporkan di seluruh dunia. - KitaReporters

11
5
0
20
0
You will be interested