Alam & Sains 30 Aug, 2025

Berita baik! Hospital Parit Buntar beroperasi Ogos 2025! Sediakan perkhidmatan selesa kepada rakyat!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Penduduk di Daerah Kerian, Perak bertuah apabila sebuah hospital baharu iaitu Hospital Parit Buntar bernilai RM173.3 juta akhirnya beroperasi mulai bulan Ogos 2025 ini.

Hospital yang mula dibangunkan pada 2018 di kawasan seluas 13 hektar  dijangka memberi manfaat kepada lebih 73,000 penduduk di daerah ini.


Hospital baharu Parit Buntar akan beroperasi mulai Ogos 2025.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, hospital itu dilengkapi enam blok bangunan tiga tingkat dengan 76 katil.

Selain itu, hospital berkenaan mempunyai dua dewan bedah dan pelbagai perkhidmatan perubatan termasuk pediatrik, ortopedik, obstetrik dan ginekologi.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menghantar lawatan pakar ke hospital ini.

"Projek hospital ini menghadapi beberapa masaalah pada peringkat awal kerana masalah tapak iaitu tanah sawah.

"Hospital ini masih ada kawasan yang luas dan kita mempunyai perancangan untuk menambahkan blok klinikal pada masa depan," katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Parit Buntar di Parit Buntar pada 26 Ogos 2025.


Majlis Penyerahan Projek Hospital Parit Buntar di Parit Buntar pada 26 Ogos 2025.


Mengenai kelewatan beberapa projek kesihatan di negara ini, Lukanisman berkata, pihak tidak menolak kelewatan beberapa projek kesihatan berpunca daripada isu tanah, kontraktor dan kenaikan kos bahan mentah serta masalah pekerja.

Namun beliau berkata, pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) senantiasa memantau setiap projek sakit.

Semèntara itu, Lukanisman berkata, Hospital Lama Parit Buntar akan dijadikan Jabatan Pesakit Luar selepas selesai perpindahan ke hospital baharu. - KitaReporters

12
11
0
10
0
You will be interested