Alam & Sains 21 Nov, 2023

Musim banjir dah tiba! UMT aktifkan bilik gerakan bencana! Talian hotline 24 jam 09-6685059/4118!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi memberi maklumat terkini dan bantuan kepada para pelajar dan kakitangan yang berada di dalam kampus dan sekitarnya. 

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, Bilik Gerakan Bencana dan talian hotline 24 jam ini dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pejabat Keselamatan.

Menurut beliau, terdapat beberapa kawasan berdekatan kampus iaitu Kampung Tok Jembal, Kampung. Gong Pak Jin, Pak Tuyu, Kampung Jati dan beberapa kawasan lain yang rata-rata merupakan kawasan kediaman pelajar UMT luar kampus (rumah sewa) turut dinaiki air.


Pintu masuk UMT mul dinaiki air


Selain itu,katanya, beberapa kawasan di dalam kampus UMT turut dinaiki air dan menyebabkan Bahagian Keselamatan UMT meminda laluan sedia ada untuk memudahkan pergerakan warga kampus keluar dan masuk.  

Berikutan itu. katanya lagi, UMT amat menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan warga kampus ketika situasi yang penuh mencabar ini.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Sukan UMT turut dibuka bagi membolehkan para pelajar berpindah. 

Setakat jam 9.00 malam Isnin, 20 November seramai 20 orang pelajar telah berpindah ke PPS sementara tersebut dan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya telah disediakan kepada mereka. 

UMT melalui Pusat Islam Sultan Mahmud turut menyediakan bantuan zakat berjumlah RM100,000.00 kepada pelajar UMT dan komuniti setempat yang terkesan akibat banjir di negeri Terengganu. 

Bantuan ini merupakan sumbangan daripada Etiqa Family Takaful Berhad bagi meringankan beban mereka yang terjejas serta kerugian harta benda.

Manakala sumbangan derma siswa bernilai RM10,000 bagi pelajar bukan Muslim turut disediakan oleh pejabat HEPA kepada mereka yang terlibat.


Dr Mazlan


Tambah Mazlan, melihat kepada pola hujan yang masih lagi melanda negeri Terengganu, warga UMT adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.

"Pastikan senantiasa menjaga keselamatan diri serta patuh kepada nasihat pihak berkuasa demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, " ujarnya. 

Katanya, pihak UMT juga menasihati para pelajar dan staf yang memerlukan bantuan dan pertanyaan, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana melalui talian 09-6685059/4118. - KitaReporters


Keadaan di kampus UMT

9
11
1
9
0
You will be interested