Alam & Sains 19 Nov, 2023

Hujan lebat ekoran peralihan ke musim Monsun Timur Laut! APM Terengganu siap sedia hadapi banjir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Anggota APM mengangkat kit makanan untuk dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)


HUJAN yang kerap berlaku di Terengganu sejak kebelakangan ini yang menandakan musim Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula mulai November 2033 hingga Mac 2024 menyebabkan pelbagai agensi dan jabatan di negeri iu turut bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.

 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mengambil langkah awal  dengan bersiap sedia menggerakkan  750 anggota bagi menghadapi Monsun Timur Lalut  itu yang bakal berlaku di negeri ini.


Mohd Rosman Abdullah


Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, aset darat dan air membabitkan lori, kenderaan pacuan empat roda dan ambulans serta bot kini bersedia digerakkan dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Pada MTL kali ini, APM  menyediakan pelbagai aset termasuk kekuatan logistik membabitkan 15 buah ambulans, 63 buah bot pelbagai saiz dan lapan buah lori serta aset yang lain.

"Selain itu, katanya, APM telah mengenal pasti antara 42 hingga 44 buah kampung yang berada di kawasan pantai di seluruh Terengganu dan mungkin terjejas sekiranya berlakunya air pasang besar dan hujan lebat,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menjalankan rondaan dan pemantauan selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berlakunya hujan lebat akan melanda di negeri itu.  

Menurutnya, bagi menghadapi bencana banjir tersebut, APM juga telah mengadakan program Latih Amal Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir 2023 di Tasik Kenyir.  


SImulasi banjir di Tasik Kenyir


Pada masa sama, beliau menasihatkan seluruh masyarakat di Terengganu sentiasa peka dengan amaran cuaca dari semasa ke semasa dan apabila menerima amaran segera berpindah untuk mengelak sebarang risiko yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu, MetMalaysia meramalkan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh MTL atau musim tengkujuh di negara ini bermula Sabtu, 18 Novermber 2023 ini dan berterusan hingga Mac 2024. 

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan dilaporkan, berkata episod hujan lebat dijangka berlaku di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Barat Sarawak. - KitaReporters


Latihan menghadapi banjir di Terengganu

7
9
0
10
1
You will be interested