MEMASUKI tahun 2020, negara jiran kita telah menguji teknologi dron buatan anak tempatan Indonesia yang diberi nama Elang Hitam buatan syarikat PT Dirgantara Indonesia. Kita pula masih menanti menguji kereta terbang tempatan. : KitaReporters.com
Dron Elang Hitam. - Foto-foto kredit Jakarta Globe.
Memetik laporan Jakarta Globe, dron tersebut merupakan dron yang boleh diterbangkan dengan ketinggian sederhana dan akan dikendalikan oleh tentera udara Indonesia.
Pesawat tanpa pemandu tersebut, Elang Hitam telah direka secanggih mungkin bagi membuat pengawasan dari udara pada ketinggian 20,000 kaki dengan kelajuan 235 km/jam serta mampu terbang selama 30 jam.
Dron yang panjang 8.3 meter ini mempunyai sayap sepanjang 16 meter.
Dron itu akan membantu Jakarta apabila ia akan digunakan untuk membuat tinjuan pengawasan bagi mencegah potensi ancaman penyeludupan, keganasan dan kecurian sumber semula jadi.
Selain itu, dron berkenaan juga boleh digunakan untuk memantau kawasan-kawasan kebakaran yang berskala besar supaya dapat membuat pemantauan atau mengawasi sebarang pencerobohan kawasan hutan.
Untuk dron yang mengikut spesifikasi dan kegunaan ketenteraan, ia akan memerlukan pensijilan berasingan dari Kementerian Pertahanan negara tersebut yang dijangka diterima menjelang akhir tahun 2021.