Alam & Sains 19 Apr, 2021

Berita Terkini| Kerja penstabilan struktur di SUKE selesai! Jalan Persiaran Alam Damai dibuka!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

J

Gambar hiasan... tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mengorbankan warga asing 22 Mac 2021.


KERJA penstabilan struktur dan pengalihan kren gantri di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mengakibatkan tiga warga China maut di Persiaran Alam Damai, Cheras pada 22 Mac 2021 lalu, selesai sepenuhnya pada Ahad, 18 April 2021.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd memaklumkan kerja pengalihan itu dilaksanakan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) melalui kontraktor terbabit iaitu Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP).

“Pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memantau pelaksanaan kerja bagi memastikan ia dilakukan dengan teliti, seterusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan,” katanya dalam kenyataan media, di Kuala Lumpur pada Isnin, 19 April 2021.

Setelah kesemua kerja berkenaan selesai, jurutera perunding seliaan dan agensi berkaitan akan meneliti secara keseluruhan kondisi struktur yang terlibat bagi mengesahkan keadaan selamat.

“Kesemua proses penilaian itu akan dilaksanakan secara terperinci dan telus,” ujarnya lagi.

Sebahagian laluan di Persiaran Alam Damai yang ditutup susulan insiden tempoh hari, sudah dibuka semula kepada penduduk Kondominium Puncak Banyan dan orang awam, sebaik mendapat pengesahan selamat serta kelulusan pihak jurutera perunding serta pihak berkuasa.

Katanya dengan pembukaan semula Persiaran Alam Damai ini, akan membantu penduduk terutama di Kondominium Puncak Banyan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. - KitaReporters

Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested