Alam & Sains 15 Apr, 2021

Know It All Box: Kit pembelajaran Green Bag by CIC! Rangsang perkembangan kreativiti kanak-kanak

@rahana dahari
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Antara kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box, yang merangsang kreativiti awal kanak-kanak


KITA semua sedar bahawa dunia tanpa sempadan hari ini dan dalam usaha untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, persaingan yang wujud bukan lagi bersifat lokal tetapi global.

Jika kita ingin menjadi sebuah negara maju yang kompetetif pada peringkat antarabangsa, modal insan yang kita lahirkan mestilah mampu bersaing pada peringkat global. Maka, kualiti pendidikan kita juga mesti dinilai berdasarkan penanda atas antarabangsa.

Itu antara inti pati ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, Children Enrichment Centre (CIC), Qutren Nada Ahmad yang melancarkan alat bantuan atau kit pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Know It All Box sebagai usaha menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar lebih holistik di Cyberjaya, Selangor pada Khamis, 8 April 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembelajaran


Qutren Nada Ahmad ketika berucap  di majlis pelancaran  kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box di Cyberjaya pada Khamis, 8 April 2021.


Beliau menambah, mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan play (bermain) and learn (belajar), produk keluaran anak syarikatnya, Green Bag by CIC membantu menyediakan peluang pembelajaran yang  merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara tiga hingga tujuh tahun.

“Kotak kit pembelajaran Know It All Box berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran. Selain itu,  ia juga fokus kepada 3E iaitu experience (pengalaman), experiment (uji kaji) dan exploration (penerokaan) yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.

“Know It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan mempunyai tema yang sangat menarik kanak-kanak. Antara temanya ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm dan CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher & My Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World,” ujarnya.

Lebih menarik katanya, aktiviti tersebut  lebih memberi impak jika dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu. Ia  membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah.

“Know It All Box sebaiknya dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan. Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak. Syarikat juga mempelawa orang ramai di luar sana untuk menjadi ejen menjadi perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan”, katanya.



Tambahnya sejak CIC ditubuhkan pada 1997, Pusat Perkembangan Minda  itu telah mencapai tahap yang mengagumkan apabila 99 peratus pelajar CIC memasuki sekolah rendah dengan pencapaian 80 peratus berada di kelas yang terbaik.

“CIC Where Leaders Are Born berkembang menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia dan jenama yang dipercayai untuk keluarga muslim di negara ini. Antara objektifnya mendidik anak-anak dengan standard akademik tertinggi yang selamat, menyeronokkan, dinamik dan seimbang dengan nilai-nilai Islam.

“Lebih membanggakan anak-anak menjadi lebih yakin walaupun berada di luar sekolah dan berjaya meningkatkan potensi dari segi intelektual, emosi dan kerohanian.

CIC  kini menawarkan 18 program dalam tiga kategori utama, Preschool, Playschool dan Afterschool. Kini CIC terdapat di 70 lokasi di seluruh negara dengan 16 daripadanya francaisi,  500 kakitangan dan lebih daripada 5,000 pelajar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kit pembelajaran Know It All Box, layari www.greenbag.my atau akaun Facebook Green Bag By CIC dan Intagram,  greenbagbycic, - KitaReporters


Qutren Nada Ahmad (tengah, barisan belakang) bersama dua guru dan kanak-kanak kelas tadika CIC pada majlis pelancaran kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box di Cyberjaya pada Khamis, 8 April 2021.

4
0
0
0
0
You will be interested