Alam & Sains 17 Aug, 2020

Terbaik Yayasan Petronas! Sumbang alat pernafasan untuk JKNT

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

MESKIPUN Terengganu sudah diisytiharkan bebas daripada penularan wabak COVID-19 dan rakyat sudah menjalani kehidupan seperti biasa dengan mengikut SOP dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun masih ada pihak yang tampil memberi pelbagai bentuk bantuan untuk menangani wabak berkenaan : KitaReporters

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (kiri) menyerahkan alat BANTUAN pernafasan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Binti Yunus (Tiga dari kanan) di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus 


Kesediaan pihak terbabit menyumbangkan bantuan termasuk  peralatan kepada pihak yang berkaitan terutama hospital menunjukkan sikap prihatian pihak terbabit untuk melihat rakyat negeri ini terus berada dalam kehidupan yang baik dan selesa dan dijauhi daripada wabak COVID-19.

Yayasan Petronas antara badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menyahut seruan kerajaan supaya pihak swasta dan NGO turut serta membantu usaha kerajaan menangani permasalahan wabak berkenaan. 

Menerusi khidmat sosial korporatnya (CSR), Yayasan terbabit menyumbangkan Alat Bantuan Pernafasan (Ventilator) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk kegunaan di hospital terpilih

Majlis penyerahan alat berkenaan dilakukan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 16 Ogos 2020. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak (tengah) bersama Dr Nor Azimi dan Che Ahmad Tarmizi pada majlis penyerahan alat bantuan pernafasan di HSNZ Kuala Terengganu. 

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak

Dr Alias Razak


Dr Alias mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Petronas atas sumbangan tersebut, sekali gus memberi kesedaran kepada ramai pihak untuk terus mencegah penularan wabak Covid-19 yang belum lagi berakhir. 

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan CSR daripada mana-mana pihak bagi tujuan membantu usaha-usaha menangani penularan wabak Covid 19. 

Beliau berharap dengan adanya alat bantuan pernafasan itu ia memudahkan pihak hospital untuk menjalankan tugas harian dan membantu mempercepatkan proses menyaring pesakit. 

“Sebelum ini pelbagai pihak termasuk syarikat koporat dan NGO yang tampil memberi pelbagai bentuk bantuan kepada hospital negeri ini ketika mula-mula berhadapan dengan krisis COVID-19 sehinggalah sekarang,” katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested