Alam & Sains 23 Dec, 2020

Tahniah McDonald's Malaysia! Bayar zakat berjumlah RM1 juta!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

MCDONALD'S Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. Pembayaran itu, yang dicatatkan untuk tahun 2020, menandakan tahun keempat McDonald’s Malaysia membayar zakat, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. : KitaReporters


Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia (kanan) menyampaikan pembayaran zakat perniagaan RM150,000 kepada PPZ-MAIWP yang diwakili Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP). Majlis penyampaian itu disaksikan oleh Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (tengah).


Lagi cerita-cerita berkaitan McDonald's:

https://kitareporters.com/search?search=mcdonald%27s


McDonald’s Malaysia telah menyampaikan zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dua majlis berasingan.

“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami mula membayar zakat sejak 2017 setelah diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media pada 18 Disember 2020.

“Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi lebih daripada 300 restoran di seluruh negara ini, menjangkau komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA kami. Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutama dalam suasana hidup semasa yang penuh dugaan ini,” tambah Azmir.


Azhar Darbi (kiri) menyampaikan pembayaran zakat perniagaan RM175,000 kepada Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif LZS.


Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. 

Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Sijil-sijil ini sedia terpamer di 40 restoran-restoran McDonald’s Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor pada Oktober tahun ini. Sijil-sijil pengiktirafan ini sedia terpamer di 95 restoran McDonald’s di Selangor.

Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Syarikat ini bekerja rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus menegakkan komitmen halal kepada para pelanggannya dalam semua aspek perniagaan. 

Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia.



“Sebagai restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan halal daripada JAKIM, halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir dalam kenyataan media itu lagi.

Untuk memastikan standard halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013. 

Jawatankuasa ini ditugaskan untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh melalui audit dan pemeriksaan mengikut tatatertib halal yang digariskan oleh JAKIM -- terdiri daripada anggota-anggota yang mewakili Lembaga Pengarah, Rantaian Bekalan, Jaminan Kualiti, Operasi, Sumber Manusia, dan Pemasaran. Dua pakar luar juga terlibat sebagai Penasihat Syariah. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested