Alam & Sains 14 May, 2021

Berita Terkini| Mesej palsu! Covid-19: HRPB nafi status membimbangkan! Keadaan terkawal, lancar!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


HOSPITAL Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh menafikan mesej yang tular dalam media sosial mengenai situasi di hospital berkenaan pada tahap yang membimbangkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, mesej itu adalah palsu.

“Keadaan semasa di hospital masih terkawal dan perkhidmatan hospital berjalan lancar seperti biasa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Masyarakat diingatkan agar tidak menularkan sebarang berita atau maklumat yang tidak sahih.

“Ini bagi mengelak ia mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Abdul Malek juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Kurangkan pergerakan ke tempat-tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Selain itu, pemakaian penutup muka dan cecair nyah kuman hendaklah sentiasa diamalkan setiap kali hendak berurusan di tempat awam,” katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested