Alam & Sains 13 Mar, 2020

[VIDEO] COVID-19: RATUSAN MONYET MENGGANAS

@makasom ab halim
Memulakan kerjaya dengan Bacaria dari 1986 hingga 1997, Penyunting Eksekutif Harian Metro hingga 2020. Penterjemah rencana dari akhbar Indonesia.

Share this
PENULARAN Covid-19 semakin serius di seluruh dunia hingga dilabel pandemik dan membuat dunia dihantui ketakutan. Penularan global virus itu menyebabkan peratusan kunjungan pelancong menjunam hingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. : KitaReporters

Kredit foto: The Sun


Tapi bukan sahaja manusia, malah haiwan juga berada dalam keadaan mod 'survival' apabila sumber makanan mereka yang selalunya datang daripada pelancong berkurang secara drastik.

Buktinya, tular sebuah video di Thailand baru-baru ini, menunjukkan ratusan ekor monyet kebuluran berebutkan sebiji pisang.

Menerusi video itu, haiwan-haiwan tersebut mengejar dan menyerang mana-mana monyet yang memegang pisang berkenaan.

Menurut laporan The Sun, kejadian dikatakan berlaku di daerah Lopburi, wilayah di tengah Thailand.

Jika dilihat riak muka penduduk tempatan, mereka juga terkejut dengan keganasan ditunjukkan oleh haiwan terbabit.

Kredit foto: The Sun


Menurut Sasaluk Rattanachai iaitu wanita yang merakam kejadian itu, haiwan terbabit lebih menyerupai anjing liar.

"Mereka mengganas hanya untuk sebiji pisang. Saya tidak pernah melihat mereka 'seagresif' ini.

"Saya rasa, mereka sangat-sangat kelaparan.

"Biasanya, ada banyak pelancong yang akan memberi makanan kepada mereka, tetapi disebabkan Covid-19 pelancong juga berkurang, sekali gus mengurangkan sumber makanan mereka," katanya. - KitaReporters

1
4
5
3
2
You will be interested