Alam & Sains 12 Mar, 2020

BERITA PALSU!! PENDUDUK JERTIH JANGAN PANIK

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this
TINDAKAN pihak tidak bertanggunjawab menyebarkan berita kononnya seorang pesakit penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 yang baru pulang dari Jepun dimasukkan ke wad Hospital Besut, di Jertih, Terengganu menyebabkan penduduk daerah menjadi gelisah dan ketakutan untuk berurusan dengan hospital terbabit. Namun ternyata berita itu palsu atau fake news. : KitaReporters 

Antara paparan pengguna Facebook yang ditular pada 11 Mac 2020.


Penyebaran berita menerusi media sosial Facebook dalam group “Anak-Anak Jertih, Besut” (AAJB) pada Rabu, 11 Mac 2020 telah menimbulkan keresahan kepada orang ramai kerana bimbang dijangkiti virus berkenaan.

Group Facebook AAJB mempunyai keahlian berpuluh-puluh ribu dan sangat berpengaruh kerana dijadikan medan menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat. 

Penularan berita berkenaan juga menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk terutama pengguna media sosial di Jertih.

Berikutan isu yang dimuat naik iru, orang ramai menuntut agar mendapat penjelasan lanjut berhubung berita itu daripada pihak Hospital Besut sebaik sahaja berita itu tersebar dalam media sosial. 

Tular dalam media sosial berhubung seorang lelaki baru balik dari Jepun, yang dimasukkan ke wad Hospital Besut kerana Covid-19.

Pengguna media terbabit juga memuat naik gambar video serang petugas hospital, yang lengkap dengan pakaian keselamatan, sedang membawa pesakit berkenaan dari unit kecemasan ke dalam wad hospital. 

“Mangsa dikatakan seorang lelaki yang baru balik dari Jepun dimasukkan ke wad 7 hospital itu, hari ini (Rabu 11 Mac 2020) dakwa penulis terbabit”

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan sepenuhnyanya kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa tiada kes Covid-19 yang dirawat di mana-mana hospital di Negeri Terengganu. 

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azimi Yunus menafikan berita ada mangsa Covid-19 di Terengganu.


Berikut kenyataan media Dr Nor Azimi pada petang Rabu, 11 Mac 2020 berhubungan isu dimuat naik oleh pengguna media sosial dalam laman Facebook terbabit.

Kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk yang betul, mengamalkan ‘social distancing’ (menjarakkan diri) dan mengelakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu bergejala. - KitaReporters

6
2
2
1
2
You will be interested