DULU dia tak ambil berat apatah lagi pedulikan isu pandemik COVID-19. Dulu dia perkecilkan usaha-usaha menyekat penularan pandemik berbahaya itu termasuk pemakaian pelitup muka. Dulu, dia pernah kata, suntik pesakit COVID-19 dengan cecair penyahkuman. Kini di dia dijangkiti COVID-19!! Padan muka!! : KitaReporters
Lagi berita berkaitan Donald Trump:
https://kitareporters.com/search?search=trump
Berita terkini dari Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isteri, Melania Trump disahkan positif COVID-19. Pengesahan itu dibuat sendiri oleh Trump menerusi ciapan dalam laman Twitter miliknya semalam, Jumaat 2 Oktober 2020.
“Tonight, @FLOTUS and I tested positive for COVID-19. We will begin our quarantine and recovery process immediately. We will get through this TOGETHER! (Malam ini, Wanita Pertama dan saya diuji positif untuk COVID-19. Kami akan mulakan kuarantin kami dan segerakan proses pemulihan. Kita akan lalui ini secara bersama),” kongsinya.
Donald Trump dan isteri, Melania Trump disahkan positif COVID-19.
Trump terdahulu meluahkan kebimbangan apabila salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif COVID-19 baru-baru ini selepas kedua-duanya berada bersama di dalam pesawat Air Force One ketika jelajah seluruh Amerika Syarikat untuk kempen pilihan raya.
Sehingga kini Amerika Syarikat mencatatkan lebih 7 juta kes secara keseluruhan dengan lebih 200,000 jumlah kematian.
Sebelum ini, WHITE House mengesahkan Robert O'Brien, 54, Penasihat Keselamatan Nasional kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang telah melakukan ujian saringan Koronavirus-2019 (Covid-19) selepas pulang bercuti disahkan positif virus tersebut.
Memetik laporan yang disiarkan oleh Bloomberg, O’Brien yang merupakan pegawai tertinggi dalam pentadbiran Trump itu telah mula melakukan pengasingan diri (kuarantin).
Menurut Bloomberg, dia diketahui hanya mempunyai gejala ringan, namun tidak ada risiko untuk menjangkiti Trump dan Timbalan Presiden, Mike Pence.
Kredit foto: dialymail.co.uk
Sementara itu, portal DailyMail United Kingdom, Mail Online melaporkan bahawa sebuah media yang rapat dengan kerajaan China, memperlekehkan berita Trump dijangkiti virus membunuh COVID-19 itu.
Hu Xijin, Ketua Pengarang akhbar Global Times, sebuah akhbar yang dikaitkan dengan Parti Komunis China, berkata, Presiden Trump dan isteri kini membayar kos kerana memperjudikan nasib rakyat dengan tidak mengambil berat tentang pandemik COVID-19.
"Diagnos itu (Trump dijangkiti COVID-19) mendedahkan betapa penularan penyakit koronavirus itu sudah bertambah teruk di Amerika Syarikat, dan akan menjahanamkan usaha Trump untuk dipilih semula (menjadi Presiden)," tulis Hu.
Hu Xijin. - Kredit foto: dailymail.uk.co