Alam Canggih 04 Mar, 2021

Video| Rahsia Rani 22 tahun sanggup berkahwin dengan Redza 70 tahun? Kisah benar atau Face up?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


VIDEO yang memperlihatkan pasangan beza usia sebanyak 48 tahun kini tular dalam sejumlah laman sosial. Video itu memperlihatkan seorang wanita berusia 22 tahun berkahwin dengan seorang datuk yang berusia 70 tahun.

Perkahwinan itu menerima pandangan negatif daripada sejumlah netizen. Mereka beranggapan perkahwinan yang berjarak cukup jauh itu tidak wajar dilakukan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pernikahan:

https://kitareporters.com/search?search=pernikahan


Pasangan suami isteri berbeza usia 48 tahun menunjukkan surat nikah mereka.


Video itu menjadi tular apabila mula ia dimuat naik dalam TikTok akaun @rani_py, pada Rabu, 24 Februari 2021.

Setelah tular, wanita bernama Rani dari Tasik Malaya, Jawa Barat itu mengaku bahawa video itu hanya hasil kerja suntingan.

Sebenarnya suaminya baru berusia 24 tahun. 

Video tersebut telah ditonton lebih 11 juta kali sehingga Rabu, 3 Mac 2021.

Dalam videonya, si wanita membuat grafik yang memperlihatkan usianya 22 tahun, manakala suaminya, si sugar daddy, 70 tahun.



Pasangan pengantin memegang kad nikah mereka.



Berdasarkan video  yang dimuat naik, wajah suaminya terlihat sudah berkedut seperti lelaki 70 tahun. 

Rani dan suaminya Redza bernikah pada 22 Januari 2021. Redza sebenarnya baru berusia 24 tahun dan perbezaan sebenar usia kedua-duanya hanya dua tahun.



Bagaimanapun Rani ingin melakukan kelainan dalam TikToknya bagi mendapat perhatian ramai penonton.

"Itu hanya suntingan, saya sunting bahagian muka suami saja. Saya menggunakan aplikasi Face up," katanya kepada Tribunnews.com, pada Jumaat, 26 Februari 2021.

Rani mengaku baru belajar menggunakan aplikasi Face up, setelah melihat sejumlah kawan menggunakan aplikasi itu.

Si suami terkejut melihat video itu dan meminta dia memadamkan  video TikTok itu.

NamunRani enggan memadamkannya dan mengganggap kemungkinan suaminya akan berwajah sedemikian apabila berusia 70 tahun.



Perkembangan teknologi menghasilkan pelbagai aplikasi baru.

Melalui aplikasi Face up, anda boleh membuat wajah manusia dari bayi hingga puluhan atau ratusan kaum. Tetapi berhati-hatilah mengubah wajah seseorang tanpa keizinannya. - KitaReporters


You will be interested

Know It All Box: Kit pembelajaran Green Bag by CIC! Rangsang perkembangan kreativiti kanak-kanak

Kit pendidikan awal kanak-kanak CIC, Know It All Box berasaskan play and learn yang merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara 3 hingga 7 tahun

Terengganu larang orang ramai berbuka puasa di kawasan terbuka! Seperti Dataran Drawbridge KT

Terengganu larang aktiviti berbuka puasa di tempat awam yang lazimnya dilakukan pada bulan Ramadan sebelum ini bagi elak krisis pandemik COVID-19 terus melonjak
Mohammad Ishak in Alam Canggih 15 hours ago

Berita Terkini| Tiada perancangan PKP menyeluruh! Hanya di lokasi yang mempunyai peningkatan kes

Kerajaan tak punyai perancangan untuk laksanakan PKP secara menyeluruh buat masa ini, sebaliknya hanya dilaksanakan di lokasi tertentu mempunyai kes yang tinggi
News Editor 1 in Alam Canggih 16 hours ago

Berita Terkini| Rentas negeri dibenarkan! Berkuat kuasa serta merta! Hanya untuk suntik vaksin!

Kerajaan beri kebenaran rentas negeri kepada yang bawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu terima vaksin Covid-19, berkuat kuasa serta-merta
News Editor 1 in Alam Canggih 17 hours ago

Berita Terkini| Ribut petir, hujan lebat, angin kencang disebabkan peralihan monsun! Hingga Mei!

Perubahan cuaca akibat peralihan monsun akan menyebabkan berlakunya ribut petir yang boleh membawa angin yang kencang, hujan batu atau hujan yang sangat lebat
News Editor 1 in Alam Canggih 19 hours ago