Alam & Sains 09 Dec, 2019

NAK RAKAM FOTO TERBAIK? GUNA TELEFON SAJA!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
PENGGEMAR telefon bimbit jenama Xiaomi kini boleh beralih ke peranti terbaharu dengan pelancaran jualan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro di Malaysia dan SIngapura sejak 7 Disember lalu. : KitaReporters.com

Pelancaran telefon bimbit jenama Xiaomi, Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro di Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.


Mempunyai kecekapan tenaga yang sempurna, Mi Note 10 dilengkapi kamera 108 MP penta yang pertama di dunia, manakala Mi Note 10 Pro dihasilkan dengan lensa 8 keping bagi membolehkan pengguna menikmati fotografi dan videografik epik lebih berkualiti.

“Kami dengan bangganya mengumumkan penyertaan siri Mi Note di Malaysia dan Singapura untuk membawa fotografi telefon pintar ke tahap yang baharu,” ujar Allen An, Pengurus Negara Malaysia dan SIngapura pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur 3 Disember lalu.


Apakah ciri keistimewaan kedua-dua model terbaharu dari Xiaomi ini?

Kedua-dua varian ini sebenarnya menampilkan sokongan spesifikasi yang sama sahaja, kecuali pada sokongan memori.

Untuk Mi Note 10, ia hadir dengan RAM 6 GB (LPDDR4x)  dan storan dalaman 128 GB (UFS 2.1). manakala untuk model Pro pula, ia didatangkan dengan RAM 8 GB  (LPDDR4x) dan storan dalaman 256 GB (UFS 2.1) yang lebih besar.

Selain itu, jika Mi Note 10 Pro mempunyai lensa 8P, ‘adik’ nya hanya dilengkapi dengan lensa 7P

Mi Note 10 merangkumi lima kanta berlainan - lensa sudut lebar 108 MP, kanta telefoto 5 MP, kanta telefoto 12 MP, kanta ultra lebar sudut 20 MP dan kanta makro 2 MP. 

Ciri-ciri itu membolehkan penggunanya menikmati pengalaman zum lancar dari 0.6x hingga 50x tanpa menjejaskan kualiti imej.

Dengan sensor ISLCELL Bright HMX 108 MP Samsung, Mi Note 10 mempunyai resolusi tertinggi bagi mana-mana telefon pintar di pasaran - 12,032 x 9,024. 

Malah buat pertama kalinya, kamera 108MP boleh menghasilkan cetakan papan iklan sehingga 4.24 meter.


Peminat fotografi yang sering menghasilkan foto potret pastinya gembira dengan kelengkapan lensa telefoto 12 MP yang boleh digunakan pada jarak fokus 50 mm kerana ini merupakan salah satu fokal paling popular digunakan oleh jurugambar potret profesional.

Di bawah keadaan cahaya yang rendah, saiz pixel besar 1.4 um dan autofocus Dwi PD membolehkan potret yang lebih tajam dan terang.

Mi Note 10 turut menawarkan teknologi video 'ShootSteady' untuk pengalaman video yang lancar dan mantap, bersama-sama dengan video gerakan perlahan makro bingkai-per-saat dan 4K video pada sudut ultra lebar.

Pengguna boleh memanfaatkan mod Vlog untuk membuat video yang bergaya dan menarik dengan mudah dengan tujuh kesan sinematik yang berbeza.


Pendek kata, keistimewaan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro terletak pada keupayaan penggambaran penta kamera beresolusi 108 MP + 20 MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 12 MP (Telefoto, 2x zum optikal, f/2.0) + 5MP (Telefoto, 10x zum hibrid, OIS) + 2 MP (Macro). 

Sementara, untuk kamera depan, ia menyokong lensa beresolusi 32 MP dengan sokongan ciri AI.

Kedua-duanya  peranti ini menampilkan paparan  skrin AMOLED sebesar 6.47-inci Full HD+ (2340 x 1080 piksel) daripada Gorilla Glass5, cipset Qualcomm Snapdragon 730 G  dengan kapasiti bateri mencecah 5260 mAh malah menyokong teknologi pengecasan pantas 30 W.

Ia juga dioperasikan dengan MIUI 11 yang masih lagi berasaskan daripada Android 9.0 Pie dan dilengkapi dengan teknologi paparan DCI-P3.


Sekiranya anda berminat dengan inovasi yang dihasilkan jenama Xiaomi ini, ia sudah boleh diperoleh dengan harga jualan RM2,099, manakala Mi Note 1 Pro dijual dengan harga lebih sedikit iaitu RM2,499.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati secara dalam talian melalui Lazada, Shopee dan di semua Kedai Mi di Malaysia dalam pilihan tiga warna iaitu ‘Midnight Black’, Glacier White dan Aurora Green.

Dua tawaran masa terhad boleh didapati untuk Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro di Malaysia dari 7 hingga 15 Disember ini iaitu bagi setiap pembelian Mi Note 10, setiap pelanggan berhak mendapat diskaun Beli-dengan-Belian sebanyak RM100 untuk mana-mana produk Xiaomi di Kedai Mi (tidak tertakhluk pada barangan promosi).

Info lanjut untuk spesifikasi lebih terperinci boleh ikuti halaman Ffacebook rasmi Xiaomi Malaysia di https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/ atau ikuti laman rasmi Xiaomi Singapura melalui https://www.facebook.com/XiaomiSingapore/. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested