Alam & Sains 02 Feb, 2020

MAKLUMAT SAHIH DARI CORONAVIRUS TRACKER

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this
SEJAK penularan penyakit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) sehingga Ahad, 2 Februari 2020, bermacam-macam berita palsu yang kita mudah dapati dalam laman-laman media sosial. Berita yang datang entah dari mana dihidangkan tanpa merujuk pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). : KitaReporters.com

Laman coronatracker.com (https://www.coronatracker.com/


Memetik laporan Agensi Berita Nasional (BERNAMA) baru-baru ini, dilaporkan bahawa sekumpulan saintis telah membangunkan sebuah portal khusus bagi melaporkan hal-hal berkaitan dengan Novel Koronavirus atau virus Wuhan ini.

Oleh itu, orang ramai boleh mengakses portal tersebut untuk mendapatkan sebarang makluat terkini yang kemas kini dari semasa ke semasa berkenaan dengan koronavirus. 

Elakkan mempercayai dan menyebarkan berita-berita palsu.

Bagi kumpulan saintis termasuk dari Malaysia, sumbangan mereka dalam memerangi berita palsu adalah dengan membina sebuah laman sesawang menyalurkan maklumat tepat tentang perkembangan isu koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia.


“Berdasarkan sumber maklumat yang disahkan kesahihannya, langkah persediaan boleh dilakukan untuk melindungi diri dan orang lain. 

Cetusan suasan panik lantaran penyebaran maklumat palsu boleh dielakkan berikutan saranan pencegahan efektif dan maklumat sahih dari pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Ini merupakan misi utama penubuhan kumpulan sukarelawan Corona Tracker,” kata pengasas laman sesawang CoronaTracker.com, Dr Lau Cher Han sebagai dipetik oleh Bernama.

Laman CoronaTracker (https://www.coronatracker.com/) dibangunkan oleh Dr Lau yang berpangkalan di Pulau Pinang bersama 400 sukarelawan dari Malaysia dan beberapa negara lain seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan Botswana.

Melalui laman ini, orang ramai boleh mengetahui jumlah bilangan kes yang dikenal pasti, bilangan kes kematian, kes disyaki dan kes yang disembuhkan di seluruh dunia. 

Ia turut menghimpunkan berita berkaitan koronavirus dari seluruh dunia untuk memudahkan rujukan pengguna. - KitaReporters.com 

2
4
1
0
1
You will be interested