Alam Canggih 31 Jan, 2021

Perlukan khidmat sanitasi? Hubungi Skuad Sabil Pemuda UMNO Besut! Tawar servis secara percuma

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Sukarelawan Skuad Sabil Pemuda UMNO Besut melakukan kerja pembersihan di Pejabat Daerah Besut


BIAR pun tidak dikenali sebagai petugas di barisan hadapan, namun khidmat bakti sukarela untuk sama-sama mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat tetap menjadi tugas utama sama seperti petugas lain.

Skuad Sabil Pemuda UMNO Bahagian Besut, Terengganu sedia menggalas tanggungjawab menjalankan kerja-kerja secara sukarela dalam membantu pihak berkuasa dengan melakukan kerja sanitasi di premis yang berisiko rendah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sanitasi:

https://kitareporters.com/search?search=sanitasi


Skuad Sabil Pemuda UMNO Besut sedia perkhidmatan sanitasi percuma kepada penduduk daerah Besut, Terengganu


Ketua Pemuda UMNO Besut Mohd Rozaini Rasli


Ketua Pemuda UMNO Besut, Mohd Rozaini Rasli berkata, pihaknya terpanggil untuk menyumbang tenaga bagi melakukan kerja-kerja sanitasi dalam usaha membantu meringankan beban tugas pihak berkuasa yang mempunyai tugasan lebih penting dalam menghadapi situasi pandemik sekarang. 

Katanya, skuad yang dianggotai 10 pemuda menjalankan khidmat secara sukarela tanpa dikenakan apa-apa bayaran bagi melakukan kerja-kerja sanitasi.

Beliau berkata, dalam menjayakan misi tersebut pihaknya memilih premis yang berisiko rendah bagi melakukan proses sanitasi kerana tidak mahu mengambil risiko kesan daripada kerja yang dilakukan di premis terbabit.


Anggota Skuad menjalankan kerja sanitasi di Pejabat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih


Menurutnya, ketika ini pihaknya memberi tumpuan kepada premis milik kerajaan seperti tempat ibadah termasuk masjid, surau, taman awam dan bangunan kerajaan.

“Perkhidmatan kami adalah percuma dan jika ada pihak yang memerlukan khidmat bolehlah menghubungi skuad tersebut,” katanya. 

Rozaini berkata, program sanitasi tersebut bertujuan membersih kawasan yang sering dikunjungi orang ramai sebagai usaha pencegahan daripada penularan wabak berkenaan. 


Sukarelawan Skuad Sabil menjalankan penyemburan sanitasi di premis Rukun Tetangga Bandar Jertih


Mengenai aktiviti yang dijalankan oleh badan tersebut, Rozaini berkata, pihaknya beruntung kerana Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhamad Pehimi Yusof turut menyokong usaha tersebut dengan bantuan kewangan dan kenderaan bagi kemudahan ahli skuad

Selain itu, katanya, ada juga pihak swasta dan Badan Bukan Keraajaan (NGO) yang turut membantu sama ada dari segi kewangan dan peralatan. 


Anggota Skuad Sabil berpakaian lengkap untuk menjalankan tugas sanitasi


“Anggota skuad yang terbabit dalam program ini juga mendapat latihan khas daripada pihak professional untuk kerja-kerja sanitasi,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dan pihak jabatan yang memerlukan perkhidmatan tersebut bolehlah menghubungi pihaknya menerusi nombor telefon yang tertera pada poster yang disediakan. - KitaReporters

Poster untuk hebahan kepada orang ramai menghubungi Skuad Sabil Besut ditular melalui media sosial 

 

4
2
1
1
0
You will be interested

Jumaat cuti umum untuk kakitangan awam! Digesa aktif bertani tampung keperluan! Tapi di Sri Lanka!

Sri Lanka kini jadikan hari Jumaat sebagai cuti kepada kakitangan awam di negara itu dalam usaha tingkatkan hasil pertanian, sekali gus tampung keperluan rakyat

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 4 days ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 5 days ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago