Dunia Canggih 16 Oct, 2020

Hikmah PKP! Raih pendapatan dari bisnes tanam jual cendawan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi menyekat penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung membuka peluang kepada ramai orang menceburi bidang pekerjaan lain kerana hilang sumber pendapatan apabila diberhentikan kerja atau menerima separuh gaji sejak Mac 2020 lalu. : KitaReporters

Kamarul Zaman Muhd Sanusi meneliti bongkah yang akan mengeluarkan cendawan tiram kelabu dalam tempoh beberapa hari lagi.


Lagi cerita-cerita berkaitan pengusaha:

https://kitareporters.com/search?search=pengusaha


Hal demikian itu, turut terkesan kepada sepasang suami isteri  Kamarul Zaman Muhd Sanusi dan Hailena Shaikh Omar yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan keluarga seperti menjual rendang ayam, daging masak hitam dan makanan kesihatan secara dalam talian.

Sepanjang tempoh PKP pasangan itu menjual lebih 450 kilogram daging masak hitam apabila mendapat sambutan luar jangkaan dengan pengedaran sekitar Lembah Klang terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Apabila jualan daging masak hitam semakin menurun pasangan suami isteri itu kini beralih kepada penanaman cendawan tiram kelabu yang kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk sekitar tempat tinggal mereka di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor, sejak beberapa bulan lalu.

Kamarul Zaman melahirkan rasa bersyukur apabila tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakan bersama-sama keluarga menghasilkan sumber pendapatan sampingan.



Kamarul berkata, bermula dengan 50 bongkah untuk menanam cendawan itu kini beliau telah menambah kepada 9,000 bongkah apabila permintaan cendawan itu semakin meningkat sehingga pengedarannya meluas ke Bangi, Shah Alam dan beberapa tempat sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, tanaman itu yang diusahakan dalam bangsal khas di kawasan tanah lapang belakang rumahnya  mampu mengeluarkan cendawan tiram kelabu antara 10 kilogram dan 15 kilogram sehari dengan dua kali tuaian iaitu sebelah pagi dan petang selepas ditanam melebihi 45 hari.

Kamarul Zaman kini sedang memperlengkapkan lagi bangsal khas itu untuk menambah tanaman cendawan kepada 12,000 bongkah.


“Saya menganggap bidang tanaman cendawan ini adalah usaha bersama sekeluarga kerana idea itu datang daripada isteri, manakala tiga anak saya sentiasa ringan tulang membantu dalam kerja penanaman cendawan itu dan pembungkusan untuk dijual.

“Saya kini sedang memperlengkapkan lagi bangsal berkenaan untuk membolehkan menanam 12,000 cendawan itu kerana berhajat untuk menghasilkan burger cendawan yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Hailena Shaik Omar menunjukkan hasil tuaian cendawan tiram kelabu yang akan dibungkus untuk dihantar kepada penduduk BTHO yang membuat tempahan.


Sementara itu, Hailena, berkata suaminya begitu gigih mengusahakan tanaman cendawan berkenaan apabila turut mendapatkan bimbingan serta tunjuk ajar daripada kenalannya yang sudah 15 tahun terbabit dalam bidang itu di Melaka.

Menurutnya, selain itu beliau bersama suaminya mempraktikan lagi cara penanaman cendawan berkenaan untuk lebih berkesan yang dipelajari menerusi saluran YouTube seperti kaedah penanaman dan penjagaan yang betul, pengurusan bongkah bagi menghasilkan cendawan tiram kelabu berkualiti.

Hailena berhati-hati memetik cendawan tiram kelabu supaya tidak rosak.


“Pada awalnya kami terkesan dengan PKP ini seperti orang lain, namun ada hikmah bagi kami sekeluarga kerana daripada aktiviti belakang rumah sahaja dapat menghasilkan produk untuk dijual kepada orang ramai yang mendatangkan sumber pendapatan.

“Menyeronokkan apabila kami sekeluarga dapat mengeluarkan peluh walaupun terpaksa berkurung, suami pula terpaksa ulang-alik dengan bermotosikal atau kereta untuk menghantar tempahan khusus yang diterima daripada penduduk sekitar BTHO,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin membuat tempahan cendawan tiram kelabu yang diusahakan pasangan suami isteri ini boleh menghubungi atau menghantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon bimbit 017-247 6717 (Kamarul Zaman). - KitaReporters

Hailena sedang membungkus cendawan tiram kelabu yang sudah ditempah. 

You will be interested

Petugas KKM untuk Sabah! Hospital makeshift di Pokok Sena!

KKM gerakkan hampir 800 petugas pelbagai skim dan perkhidmatan untuk tangani COVID-19 di Sabah. Wujudkan hospital makeshift di dalam fasiliti Penjara Pokok Sena

Ogy kongsi ilmu! Belajar tulis skrip untuk jana pendapatan!

Zahanna Adamm Enterprise anjur bengkel penulisan skrip drama dan filem kepada mereka yang hilang atau cari sumber baharu pendapatan berikutan pandemik Covid-19
Rosdi Ismail in Dunia Canggih 2 days ago

Very da kampung! Zarul kena kutuk guna istilah kapal terbang

Kerana guna istilah kapal terbang, Zarul Umbrella diperlekeh seorang netizen. Dipersenda sebagai orang kampung kerana tak guna istilah pesawat yang sedap sikit
Zul Akmar Jamaludin in Dunia Canggih 4 days ago

Masalah halusinasi! Gangguan makhluk halus? Gangguan mental?

Halusinasi bermaksud pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tak wujud akibat gangguan kesihatan mental (fikiran)
Amil Abdullah Salby in Dunia Canggih 4 days ago

Covid-19: Darah O lebih selamat? Dakwaan kumpulan saintis!

Mereka mempunyai darah O lebih cenderung untuk tidak dijangkiti Covid-19. Andai dijangkiti, pesakit yang memiliki darah jenis ini jarang alami gejala yang teruk
Sarfarizmal Saad in Dunia Canggih 4 days ago