Alam & Sains 19 Nov, 2020

Puluhan kenderaan tersadai! Isi minyak bercampur air hujan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

BERPULUH-PULUH kenderaan yang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Kampung Anak Ikan, dekat Jertih, Terengganu, tersadai di tepi jalan selepas kira-kira 15 minit meninggalkan stesyen tersebut, yang menyebabkan pemilik kenderaan terbabit kebingungan. : KitaReporters


Orang ramai berkunjung ke stesyen minyak yang dipercayai tangki penyimpan minyak dimasuki air hujan


Lagi kisah-kisah berkaitan stesen minyak:

https://kitareporters.com/search?search=stesen+minyak


Pemandu kenderaan terbabit terkejut dengan kejadian itu sebaik sahaja mereka selesai mengisi minyak dan bergerak meninggalkan stesyen tersebut kira-kira 20 hingga 50 meter, kereta terbabit tiba-tiba bermasalah dan terpaksa berhenti di tepi jalan. 

Kejadian itu bukan berlaku kepada sebuah kenderaan, sebaliknya berpuluh-puluh kenderaan yang mengisi minyak di steyen tersebut mengalami masalah sama. Hairan dengan kejadian itu pemandu terbabit kemudian pergi ke stesyen minyak dan mengadu masalah yang dihadapi mereka kepada pemilik stesyen terbabit.

Pengusaha stesen minyak itu, Mohamad Rozaki Awang Teh yang menerima aduan tesebut terus mengambil tindakan segera dengan membuat pemeriksaan terhadap tangka penyimpanan minyak distesyen tersebut.


Pengusaha stesyen minyak Mohamad Rozaki Awang Teh menunjukkan lubang yang menyebabkan tangki penyimpan minyak dimasuki air hujan


Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati tangki penyimpanan petrol RON95 di premis ini telah dimasuki air akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu pada 17 November 2020.

Akibat kejadian itu, Mohamad Rozaki terpaksa menanggung kerugian hampir RM50,000 ekoran kejadian tidak diduga itu.


Minyak yang dipercayai bercampur air dimasukkan ke dalam baldi bagi pemeriksaan.


Pencemaran petrol RON95 itu disedari setelah hampir 20 kenderaan tersadai selepas mengisi minyak di stesen minyaknya pada pukul 7 pagi Rabu, 18 November 2020.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati dua tangki lain yang menyimpan petrol RON97 dan diesel tidak pula terjejas.


Tular dalam media sosial cerita tanki simpan minyak di stesyen minyak dimasuki air


Berikutan kejadian itu, beliau mengambil tindakan pantas menutup operasi stesen minyak serta-merta selain membantu dan membayar ganti rugi semua kenderaan pelanggan yang terjejas dengan insiden tersebut.

“Kami mengambil tanggungjawab dan insiden ini merupakan bencana alam, bukan disengajakan. Ini pertama kali berlaku sejak empat tahun stesen minyak ini beroperasi,” katanya.

Sebelum itu tular dalam media sosial mengenai berpuluh-puluh kenderaan tersadai di tepi jalan utama Jertih ke Kuala Terengganu di hadapan stesyen minyak tersebut kerana mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di stesen berkenaan.


Mohamad Rozaki memohon maaf menerusi hantaran Facebook miliknya


Dalam perkembangan lain, Mohamad Rozaki bagi pihak stesen minyak Petron Anak Ikan memohon maaf kepada semua pelanggan yang mengisi minyak di stesyen tersebut berikutan kejadian malang itu.

“Kami dalam proses mengganti rugi kepada semua pelanggan yang mengalami kerosakan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Beliau berharap, tiada pihak yang menyebarkan  berita tidak benar sehingga menyebabkan kekeliruan dalam kalangan para pelanggan. - KitaReporters

13
4
5
2
4
You will be interested