Alam & Sains 16 Mar, 2020

HHT JADI HOSPITAL COVID-19 DI TERENGGANU?

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

TULAR dalam media sosial sejak Sabtu, 14 Mac 2020 berhubung laporan Hospital Hulu Terengganu (HHT) akan digunakan sebagai hospital untuk kes Covid-19 bagi negeri Terengganu. Menurut kenyataan tular yang tertera, ia adalah hasil keputusan mesyuarat IMS COVID-19 diadakan pada 14 Mac 2020. : KitaReporters

Kenyataan berhubung Hospital Hulu Terengganu akan digunakan sebagai hospital bagi kes Covid-19 di Terengganu. 


Kenyataan itu turut memaklumkan semua kes bukan Covid-19 dari mana-mana klinik kesihatan di daerah Hulu Terengganu atau sekitar yang memerlukan rujukan ke hospital hendaklah dirujuk ke hospital lain (selain Hospital Hulu Terengganu). 

Berikutan kenyataan tular itu ia sekali gus melahirkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di Hulu Terengganu dan meminta pihak berkenaan berikan penjelasan yang sejelasnya berhubung perkara berkenaan.

Sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu daripada pihak berkaitan.

Kredit foto: FB https://www.facebook.com/tengku.haphiz


Isu berkaitan juga turut menarik perhatian Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera yang memuat naik status dalam akaun Facebooknya. 

"Betul ke Hospital Hulu Terengganu menjadi pusat kuarantin Covid-19 bagi  pesakit- pesakit wabak ini?

"Pihak Pemuda UMNO Hulu Terengganu telah berusaha mendapatkan penjelasan drpd pihak hospital tetapi masingĀ² mengambil sikap mengunci mulut.

"Wad-wad pesakit telah ditutup dan para pesakit sedia ada difahamkan telah dipindah ke Hospital Kuala Terengganu dan Setiu.

"Walau bagaimanapun, kelihatan rawatan pesakit luar masih dteruskan di situ, kalau betul tolong mklum secara rasmi agar orang Hulu Terengganu tidak terdedah secara langsung dan kami boleh ambil langkah berjaga- jaga," tulisnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Terengganu dalam tulisannya turut memohon maaf kerana mengambil medium Facebook untuk mendapatkan penjelasan kerana pihak berwajib masing-masing seolah-olah telahh mengunci mulut. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested