GAJAH punya pasal banyak aduan telah dikemukakan oleh orang ramai kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia. Pelbagai aduan yang diterima, ada penduduk yang mengadu tentang gajah masuk kampung, rosakkan tanaman serta kebun, dan tidak kurang juga kes kematian manusia akibat diserang gajah. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan gajah:
https://kitareporters.com/search?search=gajah
Selain itu,banyak juga berlaku kemalangan jalan raya membabitkan gajah bertembung dengan kenderaan seperti kereta, lori dan bas.
Baru sahaja meraikan sambutan Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos
2020 lalu, sebanyak 199 aduan orang ramai mengenai ancaman gajah terhadap
manusia telah direkodkan oleh Perhilitan di seluruh negara.
Kelantan mendahului negeri-negeri lain, menerima aduan tertinggi iaitu sebanyak 49 kes diikuti Pahang (40 kes), Perak (38 kes), Johor (35 kes), Terengganu (33 kes) dan Kedah (4 kes).
Di Malaysia bilangan gajah hanya tinggal kurang lebih 1,000
ekor dan kini spesies mamalia terbesar di daratan itu kian terancam apabila
habitat asalnya sudah diceroboh oleh manusia akibat aktiviti-aktiviti perhutanan, perladangan dan pembangunan.
Bangkai anak gajah seberat 300 kilogram yang berusia dua tahun mati dilanggar oleh kereta Proton Persona di jalan Kota Tinggi- Mersing .Kredit foto: PERHILITAN
Semalam, Selasa 2 September 2020, seekor anak gajah jantan berusia dua tahun mati dilanggar oleh sebuah kereta Proton Persona di Batu 10 Jalan Kota Tinggi-Mersing, di Kota Tinggi, Johor.
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban, lokasi kejadian kemalangan adalah kawasan laluan gajah melintas iaitu dari Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing,Johor.
Tambahnya lagi, sememangnya tempat itu merupakan kawasan
habitat asal gajah yang terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Panti seluas 155 hektar.
Dalam konteks sebegitu, apabila laluan gajah melintas bertemu laluan kereta melintas, siapa yang akan menang?? Malangnya tiada siapa mahu memperjuang hak laluan gajah di kawasan habitat asal gajah.
Maka. dalam dalam kemalangan pada 1 September 2020 itu, gajahlah yang kalah dan menjadi mangsa pertembungan laluan di Kota Tinggi itu. - KitaReporters
Sumber:
https://www.kosmo.com.my/2020/09/01/anak-gajah-mati-dilanggar-kereta/
https://www.msn.com/en-my/news/berita/anak-gajah-mati-dilanggar/ar-BB18zD1J?ocid=msedgdhp
https://mediapermata.com.bn/gajah-mati-dilanggar-lori/
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/610438/pak-belalai-hilang-habitat