Alam & Sains 10 Nov, 2022

Keluarga Malaysia santuni pesakit kanser! Amorepacific anjur bengkel mekap! Tingkatkan keyakinan diri!

@rahana dahari
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this



PESAKIT kanser memerlukan sistem sokongan daripada masyarakat keliling khususnya Keluarga Malaysia kerana lazimnya selepas menjalani rawatan mereka mengalami perubahan penampilan fizikal

Antaranya kulit yang anjal sebelumnya bertukar kendur dan kusam malah rambut lebat kehitaman juga akan mengalami keguguran. Disebabkan perubahan tersebut, mereka hilang keyakinan diri

Atas alasan tersebut, Amorepacific Malaysia, yang memiliki jenama kosmetik popular seperti Laneige, Sulwhasoo, Innisfree, Ryo dan Mise En Scene telah bekerjasama dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

Sebagai sebahagian anggota Keluarga Malaysia, mereka menyantuni 130 pesakit kanser dan bekas pesakit kanser dalam bengkel ‘Makeup Your Life', baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesakit-pesakit kanser

Pesakit dan bekas pesakit kanser bergambar bersama ketika mengikuti bengkel "Makeup Your Life" anjuran Amorepacific Malaysia dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).


Melalui bengkel tersebut,  Amorepacific Malaysia mengadakan beberapa sesi demontrasi pada bulan Ogos 2022 lalu  dan bulan Disember depan berkaitan solekan dan penjagaan kulit

Tujuannya untuk membantu pesakit kanser dan bekas pesakit kanser mencantikkan diri dan paling penting mereka perlu bangkit untuk kelangsungan hidup yang lebih positif.

Hasilnya, selepas bengkel, 98 peratus daripada peserta berpuas hati dan mereka teruja kerana terpilih dan berjaya meningkatkan keyakinan diri.

Pengurus Amorepacific Malaysia, Margaret Chin berkata, perubahan fizikal akibat rawatan kanser boleh menjejaskan keyakinan diri dan emosi seseorang. Justeru, mencantikkan diri ketika fasa rawatan mampu membantu pesakit.

“Kami gembira berkongsi panduan dan kaedah kecantikan dengan pesakit dan bekas pesakit kanser. 

"Melalui program begini akan membantu mengubah serta mencantikkan mereka ketika menempuh kehidupan  yang mencabar ini. Diharap kami  dapat menemui lebih ramai pesakit dan meneruskan misi membantu meningkatkan kualiti hidup mereka,” ujarnya.



Apa yang menarik, Amorepacific Malaysia turut menyampaikan satu set penjagaan kulit, produk solekan dan penjagaan rambut kepada pesakit  dan bekas pesakit kanser untuk penjagaan diri di rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, Byran Lin pula menzahirkan terima kasihnya terhadap inisiatif dan kerjasama dengan Amorepacific Malaysia.

"Bengkel yang dijalankan sangat menyentuh hati apabila melihat semua pesakit kami berseri-seri dan berasa gembira malah mereka teruja dan memberi nilai kualiti yang lebih baik.

“Peserta juga berpuas hati dan meninggalkan kesan yang bermakna dalam perjalanan pesakit kerana setiap hari adalah penting. 

"Kami berharap dapat bekerjasama untuk jangka panjang dengan Amorepacific dan lebih ramai pesakit kanser SJMC boleh mendapat manfaat daripada program ini,” ujarnya.

Program ‘Makeup Your Life’ telah dijalankan sejak 2008 bermula dengan Korea Selatan dan kemudiannya diperluas ke negara lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura, Thailand dan Malaysia. - KitaReporters


 

 

 

12
21
0
9
0
You will be interested