Alam & Sains 01 Sep, 2025

Gempa bumi boleh capai magnitud 6 skala Richter! Tidak mustahil berlaku terutama di Sabah! - Pakar

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) tidak menolak kemungkinan bahawa gempa bumi bermagnitud 6 skala Richter boleh terjadi di negara ini biarpun perkara itu jarang berlaku. 




Apa yang berlaku pada 24 Ogos 2025 lalu, sudah pasti ia membuka mata orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. 

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip menyatakan bahawa Malaysia bukanlah berada dalam kedudukan yang boleh terjadi gemba bumi seperti mana di Indonesia dan Filipina. 

"Namun gempa bumi tempatan masih boleh berlaku, terutama di Sabah yang secara seismiknya adalah aktif.

"Ia boleh mencapai kekuatan gegaran sehingga enam magnitud berdasarkan rekod sejarah lalu. Manakala di tempat lain kekuatannya adalah lebih rendah berbanding di Sabah," katanya kepada Harian Metro.  

Sebagai makluman umum, Malaysia pernah mencatatkan magnitud 6.0 hingga 6.3 skala Richter yang berlaku di Sabah pada 1923, 1958, 1976 dan 2015. 



Selain itu, Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nor Shahidah Mohd Nazer memaklumkan di Lahad Datu, Sabah antara yang berpotensi untuk berlaku gemba bumi dalam beberapa tahun akan datang kerana kali terjadi pada 1923 dan 1976.

Beliau tidak menolak kemungkinan gegaran sehingga 6.5 skala Richter boleh terjadi di negara ini terutama di daerah Ranau dan Lahad Datu, Sabah.

Untuk orang ramai, janganlah ambil enteng akan perkara ini biarpun semua sedia maklum kedudukan Malaysia agak strategik untuk tidak terjadi tetapi andai berlaku, sudah pasti akan mengundang pelbagai permasalahan. 

Selain itu, faktro alam sekitar serta perubahan iklim dunia dunia memainkan peranan dalam terjadinya sesuatu bencana alam. - KitaReporters


Gemba bumi yang terjadi di Malaysia baru-baru ini. 

16
18
0
13
0
You will be interested