Alam & Sains 23 Nov, 2025

Syabas! 331kg sampah dikutip! Inisiatif Bandar Raya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) MBMB!

Share this

Syabas kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana berjaya mengumpul dan mengasingkan sebanyak 331 kilogram (kg) sampah melalui program 'Litter Picking Plogging' di bawah inisiatif Bandar Raya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) yang telah diadakan pada 21 November 2025.


Aktiviti pengumpulan sampah sedang giat dilaksanakan.

Para pelaar giat membersihkan sampah sarap kawasan industri terbabit.

Program anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan MBMB tersebut telah berlangsung di sekitar kawasan industri Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Ia turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan institusi sebagai salah satu usaha untuk menjaga kebersihan Bandar Raya Melaka Bersejarah.

Selain anggota Jabatan Landskap dan Pengindahan MBMB turut terlibat ialah Jabatan Pengurusan  Korporat dan Komuniti MBMB, pekerja CMI Infra, 59 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir di Batu Berendam, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Melaka serta skuad BEBAS MBMB.


Peserta program mengumpulkan sampah sarap sebelum diasingkan.

Aktif dan serius membersihkan sampah sarap di kawasan terlibat.

Usaha bersungguh-sungguh semua peserta dan organisasi terlibat telah berjaya mengumpul dan mengasingkan sejumlah 331kg sampah dan memperlihat komitmen yang serius bagi memasikan bandar raya Melaka kekal bersih dan teratur.

Seharusnya aktiviti sebegini dilaksanakan secara rutin dan kerap bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Masih banyak lagi organisasi mahupun agensi serta mahasiswa dan pelajar pelbagai tahap boleh dilibatkan pada masa hadapan bagi mencapai aspirasi yang dicitakan.

Yang pasti keseriusan usaha sebegini harus disokong dan didokong oleh pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. - KitaReporters


Sejumlah 331 kilo sampah berjaya dikumpulkan dalam program anjuran MBMB

14
11
0
10
0
You will be interested