Alam & Sains 24 Sep, 2024

Video| Pantang larang jambu air! Nak ambil boleh! Tapi jangan letak belacan! Nanti busuk! Betul ke?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Orang Melayu memang kaya dengan pantang larang. Sama ada pantang larang tersebut benar atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Namun pantang larang wujud melalui pengalaman orang dulu-dulu.

Pasti anda pernah mendengar, jangan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul. Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. 

Itu dua contoh pantang larang orang Melayu. Mungkin generasi zaman kini tidak lagi mendengar pantang larang tersebut.



Pantang larang menjadi rujukan orang dulu-dulu dalam menjalani kehidupan. Contohnya, pantang larang jangan duduk di atas bantal. Ikutkan logik, tidak mungkin ia akan menyebabkan bisul kerana bisul disebabkan oleh bakteria.

Namun, di sebaliknya ialah mendidik anak-anak agar menghormati benda yang biasanya digunakan untuk melapik kepala ketika tidur.

Pada era moden ini, pantang larang tidak lagi relevan bagi sesetengah orang. Orang zaman kini menganggap pantang larang adalah perbuatan atau tindakan orang dulu-dulu untuk mendidik anak-anak mereka. 

Namun, masih ada segelintir yang berpegang teguh dengan pantang larang ini.



Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Shikin tentang pantang larang berkenaan buah jambu air menarik perhatian ramai. 

Dalam satu video yang dikongsi olehnya, kelihatan seorang wanita sedang memetik buah jambu air yang sedang ranum.

Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang perempuan memberi penjelasan mengenai pantang larang berkenaan buah jambu air. Tidak pasti suara tersebut adalah milik empunya akaun TikTok atau orang lain yang berada di situ.



Menurutnya, tuan rumah merangkap pemilik pokok jambu air ini tidak membenarkan orang yang mengambil buah jambu air miliknya agar tidak meletakkan belacan ketika menikmati buah tersebut.

“Masam tak? Sebab tu tuan rumah kalau kita ambil ni dia tak bagi bubuh belacan nanti busuk kat dalamnya. Nak ambil boleh, belacan jangan letak,” ujarnya.

Perkongsian ini menimbulkan sedikit perdebatan kerana ada pihak yang percaya dan sebaliknya.



“Tak ada kena-mengena dengan bubuh belacan. Dekat rumah saya selalu buat garam belacan tak busuk pun, karut,” sanggah salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi pula kelihatan seperti bersetuju dengan pantang larang tersebut.

“Pantang larang dia kot. Serupa buah manga, kalau ambil buat jeruk terus rosak habis nanti,” katanya.

Tidak kisahlah fakta atau auta, yang penting apabila ambil buah-buahan milik orang lain, kena minta izin terlebih dahulu. 

Kalau diberi percuma, ambillah dalam jumlah yang berpatutan dan tidak berlebihan agar orang lain juga boleh merasainya. Tak gitu? - KitaReporters



17
7
0
19
0
You will be interested