Alam & Sains 19 Dec, 2023

Zakat for Her! Roche dan MUIS lancar inisiatif! Bantu kos perubatan pesakit kanser payudara di Sabah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Roche (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan inisiatif untuk meringankan beban kos perubatan pesakit kanser payudara di Sabah. 

Diterajui program pendanaan bersama dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), projek ini bertujuan untuk membantu pesakit yang kurang berupaya dari segi kewangan di sektor awam.

Program dana ini dinamakan Zakat for Her (Zakat untuk Wanita), dan akan ditadbir oleh Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS), Persatuan Kebajikan Perubatan Islam negeri.

Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Yang Dipertua MUIS, menjelaskan pengagihan semasa beban kos penjagaan kesihatan di Malaysia: “Di negara kita, sebahagian besar penduduk, terutama mereka dalam golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 sangat bergantung kepada sektor kesihatan awam.

"Kementerian Kesihatan menanggung 49.3% peratus kos perubatan, tetapi perbelanjaan yang lain masih merangkumi 31.5% peratus.  Terdapat keperluan yang mendesak untuk kerjasama antara sektor swasta dan awam untuk meringankan beban kedua-dua pihak KKM dan rakyat."



Lebih 66% pesakit kanser di negeri Sabah disahkan menghidap kanser pada peringkat akhir. 

Penekanan mengenai kepentingan kesihatan harus diberi keutamaan, terutama dalam kalangan penduduk luar bandar. 

Kelewatan wanita mendapatkan rawatan sering didorong oleh sikap untuk mencari rawatan alternatif atau tradisional sebelum mendapat diagnosis yang menyeluruh.

Dalam kerjasama awam-swasta yang dinamik, Roche dan MUIS mengetuai inisiatif untuk mendapatkan akses rawatan kanser payudara yang inovatif. 

Model Pembiayaan Inovatif ini menyatukan penyumbang untuk berkongsi kos rawatan bagi pesakit B40 dan M40 yang kurang berupaya. 

Model ini boleh diperluas dan bertujuan untuk memberi akses terapi inovatif kepada semua lapisan masyarakat bagi memastikan rawatan optimum. 



"Wanita tidak sepatutnya dinafikan peluang untuk mendapat rawatan semata-mata kerana kos rawatan yang tinggi," tegas Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. 

"Walaupun program ini masih dalam fasa awalnya, visi kami adalah untuk memperluas usaha ini serta menjamin akses kepada terapi neoadjuvant bagi golongan wanita dari pelbagai latar belakang sosiodemografi. 

"Roche berdiri di barisan hadapan, merintis penyelesaian inovatif untuk merapatkan jurang dalam sektor perubataan di Malaysia. 

"Komitmen daripada semua pihak sangat penting mempergiatkan usaha dalam membina sistem penjagaan kesihatan yang senang and boleh diakses oleh semua," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media

7
15
0
13
0
You will be interested