INOVASI mereka dalam dunia digital membawa tuah apabila tersenarai ke peringkat dunia dalam kelompok finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia selepas mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, Kuantan, Pahang tercalon dalam kategori inovasi bagi merebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah-sekolah
Orang ramai boleh membuat undian pada pautan worldsbestschool.org sehingga 2 Oktober 2022.
Sekolah itu tersenarai dalam anugerah anjuran T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express, selepas mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.
SK Kempadang mencipta sistem penyelesaian digital yang dipanggil SmartZoom bagi mengesan kemajuan pembelajaran murid menggunakan aplikasi Google Sheets.
Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari, berkata kecemerlangan Sekolah Amanah Malaysia itu akan menjadi inspirasi kepada pendidik di seluruh dunia.
“Ia adalah bukti berterusan bahawa, sekolah awam kita juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 23 September 2022.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, Kuantan Pahang tercalon dalam kategori inovasi bagi merebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai.
Sementara itu, menerusi hantarannya dalam Facebook, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan perasaan bangga apabila sekolah berkenaan tercalon sebagai finalis tiga teratas dalam pertandingan berkenaan.
“Saya sangat berbangga kerana SK Kempadang telah tercalon sebagai finalis tiga teratas bagi ‘World’s Best School Prizes’.
“Saya merayu semua warga Pahang dan bukan dari Pahang untuk mengundi bagi memastikan kejayaan SK Kempadang yang juga satu-satunya sekolah yang mewakili Malaysia ke pertandingan World Best School bertaraf dunia,” katanya.
Menteri Besar berkata, terdapat hampir 3,000 sekolah dari seluruh dunia telah dicalonkan dalam pertandingan berkenaan.
“Anugerah ini diwujudkan bagi meraikan sekolah seluruh dunia yang memainkan peranan penting dalam membangunkan pelajar generasi hadapan dan sumbangan besar mereka terhadap kemajuan masyarakat terutamanya ketika wabak pandemik Covid-19,” katanya.
Pertandingan itu kini memasuki peringkat undian awam dan orang ramai boleh membuat undian pada pautan worldsbestschool.org sehingga 2 Oktober 2022 manakala pemenang akan diumumkan pada 19 Oktober depan.
Mari kita sama-sama mengundi sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka.
Tahniah warga SK Kempadang kerana tersenarai sebagai finalis tiga teratas bagi World Best School Prizes ini. - KitaReporters
Wan Rosdy Wan Ismail