Alam & Sains 27 Sep, 2022

Video| Tak kelakar pun! Monyet tarik rambut anak! Kalau kena kokak kepala anak, susah hidup nanti!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


MONYET liar sangat membahayakan jika ia menyerang manusia, jadi berhati-hatilah ketika berhadapan dengan mereka. 

Tular sebuah video dalam Tiktok memaparkan seorang kanak-kanak yang mendekati seekor monyet liar kemudian rambutnya ditarik

Kanak-kanak ini kemudianya dapat diselamatkan oleh penjaganya sendiri. Nasib baik tak kena kokak (gigit).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan monyet-monyet


Namun latar belakang video mendengar mereka bergelak ketawa sehingga mendapat perhatian seorang doktor yang menegur bahawa perkara ini bukan boleh diambil enteng.

Doktor veterinar yang dikenali sebagai Dr Ima memberikan teguran kepada orang awam bahawa monyet ini sangat bahaya kepada keselamatan kanak-kanak ini dan juga haiwan tersebut.

“Kalau dah kena kokak kepala si kecik tu, siapa yang dipersalahkan? 

"Yang pastinya, jika monyet itu dapat ditangkap, kemungkinan besar akan dibunuh kerana dikatakan “menyerang” sedangkan kita sendiri yang ganggu dan ceroboh habitat mereka.”

Dr Ima turut meminta agar ibu bapa sentiasa awasi anak kecil mereka kerana kanak-kanak memang tak tahu apa-apa.

“Kalau dah koyak rabak muka anak tu, menyesal seumur hidup tau sebab kecuaian dan sikap sambil lewa mak bapak sendiri. 

"Kids will always be kids, sama juga dengan haiwan liar, the wild animals will always be wild.”

Katanya beliau sebagai seorang doktor juga tidak berani berhadapan dengan haiwan liar. Tambahnya, haiwan liar seperti monyet boleh membawa penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia. - KitaReporters


12
12
0
14
0
You will be interested