Alam & Sains 10 Dec, 2022

Pelajar sedang duduki ujian bertempiaran! Ada menangis, ada berteriak! Gempa bumi goncang sekolah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEBAHAGIAN pelajar SDN 4 Kertasari, Ciamis berada di luar kelas selepas kejadian gempa bumi di Ciamis, Jawa Barat pada pagi 8 Disember 2022. - Kredit foto : Detik,com


PARA pelajar dari beberapa buah sekolah yang sedang mengikuti peperiksaan akhir tahun lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri masing-masing apabila bangunan sekolah mereka bergegar akibat gempa bumi yang melanda di Kota Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia pada Khamis. 8 Disember 2022. 

Bagaimanapun, gempa bumi berukuran magnitude 5.8 pada skala Richter yang turut dirasakan warga di Ciamis dan Cianjur itu tiada kemalangan jiwa pelajar dan kerosakan harta benda bangunan sekolah yang dilaporkan.


Lagi kisah-kisah cemas berkaitan kejadian gempa bumia

PELAJAR terpaksa berada di luar kelas  bimbang bangunan sekolah runtuh akibat gegaran gempa bumi di Kota Sukabumi, Jawa Barat. - Kredit foto : RBG.id


Ketika kejadian itu berlaku dalam masa 15 minit pada pukul 7.50 pagi, para pelajar terbabit sedang mengikuti peperiksaan berkenaan di dalam kelas di SDN 4 Kertasari, Ciamis dan tiba-tiba bangunan sekolah itu bergoncang lalu menyebabkan mereka lari keluar dari kelas itu sambil menangis dan berteriak

‘’Ketika terasa gempa bumi, anak-anak murid langsung berlarian keluar dari kelas dalam keadaan panik,’’ kata Yuliana, seorang guru kelas V SDN 4 Kertasari, lapor detik.com pada 8 Disember 2022. 

Yuliana memberitahu, gempa bumi itu terjadi dua kali serta cukup kuat dan ketika itu dia berada di tingkat dua sekolah itu. 

‘’Getarannya cukup terasa di tingkat dua. Anak-anak murid berpelukan antara mereka sambil menangis tetapi syukurlah tiada kemalangan jiwa yang terjadi ke atas pelajar-pelajar kami,’’ katanya.  

Selepas kejadian itu reda, para pelajar terbabit memasuki semula ke dalam kelas untuk meneruskan ujian akhir tahun itu yang terpaksa dihentikan selama 15 minit. 


Kredit foto : Duta TV


Kredit foto : Twitter


Gempa bumi yang sama turut terkesan di Wilayah Selatan Cianjur, ketika para pelajar MTS Leles sedang menduduki peperiksaan tersebut bertindak melarikan diri dari kelas untuk menyelamatkan diri mereka.

‘’Mereka terkejut dan panik, ada dalam kalangan mereka bersembunyikan diri di bawah meja sebelum lari keluar dari kelas,’’ ujar seorang guru yang bernama Sa’ad.

Dalam pada itu, pesakit di Hospital Daerah Pagelaran, turut gempar berikutan guncangan gempa bumi itu.

Mereka bertindak melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat kerana bimbang bangunan hospital itu akan runtuh. - KitaReporters


Pelajar terpaksa meneruskan semula peperiksaan akhir tahun selepas gempa bumi reda. - Kredit foto: Duta TV

11
10
0
12
0
You will be interested