Alam & Sains 15 Aug, 2022

Video| Memang king habis! Penunda kereta tak boleh cari makan! Myvi tarik lori, buat ramai terpukau!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


KEMAMPUAN sebuah kereta tempatan, perodua Myvi yang mendapat jolokan “King of Road” menunda sebuah lori di atas jalan raya menarik perhatian orang ramai.

Baru- baru ini, perkongsian video oleh akaun media sosial yang bernama @infodashcam menunjukkan kemampuan kereta ikonik tersebut menarik lori besar menjadi tumpuan orang ramai sehingga menjadi tular dengan mendapat lebih 30,000 tontonan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kereta Perodua Myvi


Jangan sesekali cabar King. MyVi King tolong tarik King,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok. 


Rata-rata pengguna media sosial dengan nada sinis menyatakan rasa teruja dengan kemampuan kereta tempatan yang disukai ramai itu sehingga ada yang menganggap penunda kereta tidak boleh cari makan selepas ini.

“Kesian pekerja penunda selepas ini silap hari bulan tidak boleh cari makan,” @ghstz06.

“Habis orang towing tiada job (pekerjaan) lepas ini,” @haxzmnn.

“Bila tengok King boleh tarik lori, mesti harga Myvi naik mendadak,” @ashyrafsuperlegarra. - KitaReporters


 

13
9
0
7
0
You will be interested