Alam & Sains 04 Feb, 2024

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia ([email protected])

Share this


Seekor harimau kumbang seberat kira-kira 20 kilogram berjaya diperangkap di sebuah kebun peneroka Peringkat 3, Felda Lasah di Sungai Siput Utara, Perak pada awal pagi, 3 Februari 2024.
Harimau yang diperangkap hari ini kelihatan begitu garang dan bersedia untuk menerkam sesiapa sahaja. Ini tentunya boleh menakutkan pekerja-pekerja ladang sawit Felda sekitar kawasan itu.
Sebelum ini melalui kerjasama antara Felda, Felda Plantation Management (FPM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah memasang perangkap itu kira-kira dua bulan yang lalu dengan mengumpankan seekor anak lembu yang disedekahkan oleh seorang peneroka.
Bagaimanapun anak lembu itu mati dalam perangkap tersebut.

Setelah itu, melalui perbincangan antara Felda, FPM dan Perhilitan menemui kaedah baharu dengan mengumpankan kambing pula yang disumbangkan peneroka Felda Lasah bernama Pak Bahari.
`` Alhamdulillah, dengan mengumpankan kambing, harimau kumbang itu berjaya diperangkap hari ini (3 Januari 2024) dan menyerahkan kepada Perhilitan untuk tindakan seterusnya,'' kata Penyelia Felda Lasah, Rozaidi Salleh.


Sementara itu, mandur ladang Peringkat 3, Feizul Azma berkata. beliau melihat harimau kumbang terperangkap di dalam sangkar itu pada awal pagi ini (3 Januari 2024) ketika hendak memulakan operasi menuai hasil sawit Felda Lasah Peringkat 3.
''Saya melihat terdapat sedikit kecederaan dan luka pada bahagian muka harimau berkenaan. Mungkin disebabkan terkena besi perangkap.
"Saya merasakan mungkin ada lagi harimau yang berkeliaran di kawasan ini tetapi dengan tertangkapnya seorang ini ia boleh meredakan kebimbangan orang ramai dan pekerja ladang sawit Felda Lasah,"  katanya.
Beliau juga meminta supaya orang ramai berhati-hati masuk ke dalam kebun terutama berhampiran dengan sempadan hutan.
Harimau kumbang tersebut telah diserahkan kepada Perhilitan Perak pada pagi sama untuk tindakan seterusnya. - KitaReporters

12
12
0
9
0
You will be interested