Alam & Sains 14 Oct, 2020

Amaran! Buaya muncul di pantai Kuala Besut! Penduduk gempar!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

JANGAN disangka pantai yang berombak dan airnya masin tiada buaya, sebaliknya kemunculan seekor buaya di Pantai Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, Terengganu, mengejutkan orang ramai kerana pesisiran pantai berkenaan juga ada buaya. Ramai yang turun untuk menyaksikan sendiri. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita buaya:

https://kitareporters.com/search?search=buaya


Kemunculan buaya tersebut sememangnya mengemparkan penduduk setempat kerana tidak menyangka reptlia berkenaan tiba-tiba muncul di pantai tidak jauh dari permukaan sungai Kuala Besut.

Menurut penduduk buaya sebesar batang kelapa itu dilihat berada di air dan dapat dilihat dengan jelas ketika  dipukul ombak ke pantai.

Orang ramai menyerbu pantai Kuala Besut selepas tular kemunculan buaya di pantai berkenaan


Tular dalam media sosial kemunculan buaya di pantai Kuala Besut


Penduduk yang melihat kemunculan buaya tersebut tidak berani menghampirinya kerana bimbang keselamatan mereka terancam. Bagaimanapun, selepas tular di media sosial ratusan penduduk tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kemunculan buaya di pantai tersebut.

Menurut penduduk buaya tersebut dilihat pada tengah hari 14 Oktober 2020 yang sebelumnya menyangka batang kayu hanyut dipukul ombak.



Berikutan penemuan buaya tersebut penduduk membuat aduan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  dan Perhilitan yang kemudian bergegas ke lokasi tersebut.

Namun kedua-dua jabatan terbabit masih gagal untuk menangkap buaya tersebut kerana menghadapi kesukaran disebabkan keadaan laut berombak.

Orang ramai melihat dari jauh kemunculan buaya di pantai Kuala Besut


Usaha menangkap buaya berkenaan akan diteruskan semula apabila keadaan cuaca baik dan air kembali tenang.

Susulan penemuan buaya tersebut menyebabkan orang ramai kini bimbang untuk mandi manda di pantai tersebut kerana khuatir keselamatan mereka tidak terjamin. - KitaReporters

4
2
4
3
0
You will be interested