Alam & Sains 13 Jul, 2021

Video| Ingatkan rakam hantu! Rupa-rupanya gajah! Mak! Larik! Gajah kejar! Nasib baik selamat!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


UMUM mengetahui haiwan-haiwan liar berkeliaran di kawasan rumah yang berdekatan dengan hutan. Ini berlaku kerana haiwan-haiwan liar ini sudah tiada tempat tinggal yang khusus akibat diceroboh membuatkan ia mengacau tempat tinggal manusia.

Tular sebuah video dalam TikTok merakam kehadiran lembaga besar berjalan dalam keadaan gelap yang disangkakan adalah hantu tetapi seekor gajah yang sangat besar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gajah


Kejadian ini berlaku di Kampung Lukot, Kota Tinggi, Johor pada 11 Julai 2021 yang berjaya dirakam oleh Mohd Azmy dan juga beberapa orang rakannya melihat kehadiran gajah yang sangat besar.

Namun apa yang mengejutkan, semasa rakaman video dibuat, gajah tersebut berjalan laju ke lokasi mereka sehingga mereka semua berasa takut dan bertempiran.

Lintang pukang macam tak cukup tanah lari!


Mereka beralih ke tempat lain, namun dapat dilihat gajah tersebut menghampiri mereka.

Rata-rata netizen yang melihat video ini pada mulanya menyangka rakaman hantu rupa-rupanya gajah. Netizen semua teruja melihat gajah ini yang cukup besar dan risau akan keselamatan si perakam video ini. - KitaReporters





0
3
0
0
0
You will be interested