Alam Canggih 05 Jul, 2020

Malay Town! Berubah wajah! Mahu pacu ekonomi peniaga kecil!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

MALAY Town Jalan Pekeliling di Kuala Lumpur kini beroperasi  dengan wajah baharu bagi menyuntik ekonomi masyarakat bandar khususnya peniaga kecil yang tertekan berikutan pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan wabak Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan bermula Mac 2020 lalu. : KitaReporters


Orang ramai kini lebih selesai untuk bersantai di Malay Town selepas seharian bekerja di pejabat. - Kredit photo Ben Hassari 


Malay Town itu juga akan menjadi lokasi berdaya maju bagi mereka yang ingin melebarkan bidang perniagaan terutama untuk memperkenalkan produk baharu serta barangan yang sukar diperolehi warga kota atau di pasaran.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan menyediakan 250 lot tapak perniagaan untuk disewakan kepada orang ramai dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Peniaga makanan turut melahirkan rasa lebih selesa menjalankan perniagaan.


Kemudahan pentas persembahan kebudayaan dan skrin televisyen yang besar akan menambahkan lagi daya tarikan Malay Town.


Fasiliti seperti kemudahan elektrik, air, surau, tandas awam, tempat letak kereta, pentas persembahan kebudayaan, skrin televisyen yang besar, CCTV dan kawalan keselamatan menjadi perhatian utama untuk dilengkapi dan diuruskan dengan sempurna bagi keselesaan peniaga dan pengunjung tapak perniagaan itu.

Pengarah Omega Project Management, Dato’ Paduka Seri Hasnizal Hassan, berkata beliau bersama-sama pihak pengurusan lain terpanggil untuk mengubah wajah Malay Town itu menjadi lokasi perniagaan Bumiputera yang mampu bersaing.

Hasnizal datang meninjau dan beramah mesra dengan peniaga yang mula beroperasi. 



Menurutnya, pihak syarikat itu tersentuh apabila melihat ramai khusus dalam kalangan Bumiputera yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan berikutan masalah pandemik Covid-19 dan menyediakan peluang untuk mereka menceburi bidang baharu atau melebarkan perniagaan.

Katanya, pihak kami akan sentiasa membantu serta membimbing dan memberi motivasi kepada mereka yang menyewa lot perniagaan itu untuk sama-sama menjadikan Malay Town sebagai lokasi tumpuan orang ramai setiap malam.

Hasnizal menunjukkan isyarat bagus selepas menemui seorang peniaga.  


“Kita sudah merancangkan pelbagai program bagi menarik tumpuan orang ramai yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti persembahan kebudayaan yang akan membabitkan artis,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan lot perniagaan orang ramai boleh menghubungi Sazelan Abdul Wahab Arbi Bashah (011-2803 9898) atau Ismail Khamis (012-263 8646). - KitaReporters
You will be interested

Know It All Box: Kit pembelajaran Green Bag by CIC! Rangsang perkembangan kreativiti kanak-kanak

Kit pendidikan awal kanak-kanak CIC, Know It All Box berasaskan play and learn yang merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara 3 hingga 7 tahun

Terengganu larang orang ramai berbuka puasa di kawasan terbuka! Seperti Dataran Drawbridge KT

Terengganu larang aktiviti berbuka puasa di tempat awam yang lazimnya dilakukan pada bulan Ramadan sebelum ini bagi elak krisis pandemik COVID-19 terus melonjak
Mohammad Ishak in Alam Canggih 14 hours ago

Berita Terkini| Tiada perancangan PKP menyeluruh! Hanya di lokasi yang mempunyai peningkatan kes

Kerajaan tak punyai perancangan untuk laksanakan PKP secara menyeluruh buat masa ini, sebaliknya hanya dilaksanakan di lokasi tertentu mempunyai kes yang tinggi
News Editor 1 in Alam Canggih 15 hours ago

Berita Terkini| Rentas negeri dibenarkan! Berkuat kuasa serta merta! Hanya untuk suntik vaksin!

Kerajaan beri kebenaran rentas negeri kepada yang bawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu terima vaksin Covid-19, berkuat kuasa serta-merta
News Editor 1 in Alam Canggih 16 hours ago

Berita Terkini| Ribut petir, hujan lebat, angin kencang disebabkan peralihan monsun! Hingga Mei!

Perubahan cuaca akibat peralihan monsun akan menyebabkan berlakunya ribut petir yang boleh membawa angin yang kencang, hujan batu atau hujan yang sangat lebat
News Editor 1 in Alam Canggih 18 hours ago