Alam & Sains 15 Apr, 2021

Terengganu larang orang ramai berbuka puasa di kawasan terbuka! Seperti Dataran Drawbridge KT

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Gambar hiasan... Dataran Jambatan Angkat (Dataran Drawbridge Terengganu), Kuala Terengganu sering dijadikan tempat berbuka puasa.


KERAJAAN Terengganu menuruti tindakan Pahang melarang aktiviti berbuka puasa di tempat awam yang lazimnya dilakukan pada bulan Ramadan sebelum ini bagi mengelak krisis pandemik COVID-19 terus melonjak di negeri ini.

Berikutan itu, orang ramai di negeri ini dinasihatkan agar menangguhkan dahulu iftar di kawasan terbuka selepas pihak berkuasa negeri tidak membenarkan sebarang aktiviti di kawasan terbuka dan lapang sepanjang Ramadan 2021 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berbuka puasa

Dr Alias  Razak


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu pada Selasa 14 April 2021 bagi mengawal penularan COVID-19. 

Katanya, keputusan mesyuarat JKKN Terengganu telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang kerana kes COVID-19 di Terengganu masih tinggi.

Selain itu, katanya,  di Terengganu juga masih wujud kluster-kluster baharu berpunca daripada tindakan rentas negeri dan kurang pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

Pada kebiasaannya, penduduk negeri ini menjadikan Dataran Drawbridge Terengganu di Kuala Terengganu sebagai lokasi utama untuk majlis berbuka puasa sama ada bersama keluarga atau secara berkumpulan.


Notis larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk melarang orang ramai berbuaka puasa di  taman awam


Sementara itu, berdasarkan kemas kini laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), terdapat tujuh kluster direkodkan di negeri ini iaitu Kluster Ara Murni, Kluster Kampung Tanjung, Kluster Kampung Belaoh, Kluster Wakaf Changak, Kluster Chendering Height, Kluster Ladang Bukit, Kluster Bukit Bayas dan Kluster Bukit Petiti.

Katanya, pada 14 April 2021 , Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah merekodkan pertambahan tiga kes discaj dan 14 kes baharu COVID-19 menjadikan terdapat 188 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,806 kes. Kesemua 188 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa. 

Ketika ini daripada lapan daerah di negeri ini hanya dua daerah berada dalam status zon hijau iaitu Kemaman dan Marang manakala tiga daerah berada dalam zon kuning iaitu Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu, sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus (zon jingga) dan Besut kekal zon merah. - KitaReporters


 

 

 

0
1
1
1
2
You will be interested