Gambar hiasan.... Kredit foto: Mstar
TARIKH melihat anak bulan Ramadan di Malaysia tahun ini adalah pada petang Isnin, 12 April, iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Jumaat 2 April 2021 memaklumkan Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Katanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen pada malam hari sama.
“Cerapan anak bulan akan dilaksanakan jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan di 29 lokasi terpilih,” katanya.
Beberapa lokasi telah dipilih antaranya Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron
Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung
Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus
Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat; Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. - KitaReporters