Alam & Sains 30 Jan, 2021

PKP tak berkesan! Penduduk bimbang, kecewa! 7 daripada 8 daerah di Terengganu kini zon merah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak (kanan) menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan Terengganu


KETIKA seluruh rakyat negara ini dikejutkan dengan peningkatan kes positif harian pandamik COVID-19 melonjak sehingga 5,725 kes iaitu yang tertinggi direkod pada Jumaat 29 Januari 2021, penduduk di Terengganu pula bertambah bimbang dan rasa kecewa kerana satu lagi daerah di negeri itu dikategorikan sebagai zon merah

Daerah Marang yang menjadi daerah ketujuh di negeri tersebut menjadi zon merah pada 28 Januari 2021 selepas daerah berkenaan mencatatkan penambahan kes yang melepasi tahap yang disyaratkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu

Tujuh daerah di Terengganu kini dalam kategori Zon Merah


Sebelum ini enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut berada dalam zon merah apabila daerah terbabit merekodkan kes harian yang banyak (melebihi 40) pada setiap hari.

Ketika in hanya daerah Kemaman yang masih berada dalam zon kuning sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.



Susulan berlakunya peningkatan kes pada setiap hari, ramai netizen meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi media sosial kerana pelaksanaan PKP seolah-olah tidak berkesan.

Malah, kebelakangan ini, Negeri Terengganu telah merekod kes-kes penularan tempatan yang tinggi menyebabkan pihak berkuasa  meminta orang ramai  untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.


Antara status yang dicatatkan oleh netizen menerusi media sosial


Netizen meluahkan perasaan menerusi catatan di media sosial


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada Jumaat 29 Januari 2021 telah merekodkan 137 kes baharu COVID-19 menjadikan terdapat 843 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,974 kes.  Manakala 839 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa. 

Empat kes menerima rawatan di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.



Dalam perkembangan lain, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah mengarah penduduk Felda Terasat, Ajil Hulu Terengganu supaya menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan peningkatan ke COVID-19 di tanah rancangan tersebut sejak akhir-akhir ini.

Akur dengan arahan itu lebih 400 penduduk dari Felda terbabit keluar menjalani ujian yang diadakan di Dewan Serbanika Felda Terasat pada Jumaat 29 Januari 2021. - KitaReporters

2
4
7
1
1
You will be interested