WABAK COVID-19 yang melanda ketika ini, sudah pastinya memberikan peluang kepada bintang terkenal atau sesiapa sahaja menghulurkan bantuan dan memberikan nasihat berguna melalui platform media sosial atau sebagainya. Pihak pengurusan bangunan tertinggi di dunia pun tidak mahu ketinggalan. : KitaReporters
Kredit foto: FB Burj Khalifa (https://www.facebook.com/BurjKhalifa/)
Pelbagai usaha dan bentuk kesedaran disarankan melalui bermacam-macam kaedah pengiklanan komersial, nyanyian, tulisan lagu, tayangan video pendek, paparan mesej bergantung dengan tujuan bagi meningkatkan kepekaan masyarakat dunia terutama melibatkan kebersihan dan keselamatan sejagat.
Di Dubai, banggunan tertinggi dunia yang dicatatkan menerusi The Book World's of Record, menara Burj Khalifa turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat bangkit menentang wabak maut itu.
Banggunan yang mempunyai ketinggian melebihi 828 meter atau bersamaan 2,716.5 kaki ini, turut menggesa warga dunia untuk kekal tenang, berdisplin dan bersama-sama memutuskan rantaian virus COVID-19 secara bijaksana.
Segala usaha yang dirancang jika tiada keazaman untuk patuh serta akur, ianya hanya akan menimbulkan rasa penat, lelah dan menjejaskan semangat melawan.
Menerusi status yang dimuat naik melalui akaun Facebook Burj Khalifah (https://www.facebook.com/BurjKhalifa/) mengajak seluruh warga dunia untuk mengirim mesej pesanan dan kata-kata semangat untuk ditayangkan pada skrin besar di bangunan tertinggi di dunia itu.
Pesanan yang terpilih akan ditayang secara langsung, berulang kali dipaparkan di skrin LED yang turut mencatatkan rekod dunia sebagai salah sebuah banggunan yang mempunyai jumlah lampu neon yang terbesar.
Pesanan-pesanan bernas boleh ditinggalkan warga dunia di ruangan komen setiap video banggunan itu yang dimuat naik sejak pada 1 April 2020.
"Stay close while staying home!
"Share your messages to your loved ones with the world by commenting below for a chance to have your message displayed on the world's largest LED screen at #BurjKhalifa.
"Messages limit should not exceed 35 characters, #StayatHome", tulisnya pada posting berkenaan.
Ketika ini paparan LED "stay at home" dan "we are all in this together" menjadi pesan utama dan acap kali disiarkan.
Sesekali pesanan tersebut ditukarkan kepada tulisan arab dan tulisan dunia yang lain sepertl China, Sepanyol dan Itali yang teruk terjejas angkara wabak malang itu.
Bagi masyarakat dunia yang ingin menghantar kiriman pesanan untuk dipaparkan pada skrin gergasi bolehlah melayari facebook rasmi Burj Khalifa di https://www.facebook.com/BurjKhalifa/.
Burj Khalifa turut dikenali sebagai Burj Dubai, yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Seperti Christiano Ronaldo dan Mr Bean yang mengetengahkan popularitinya untuk mempelawa penduduk dunia agar patuh, Burj Khalifa atau Burj Dubai berharap pesanan yang disampaikan ini juga akan dituruti serta disemat ke dalam jiwa masyarakat.
Seramai 2,905,828 juta manusia telah berjaya sampai ke sana dan menandakan lokasi berdiri masing-masing.
Sudah pastinya Burj Khalifa dijadikan sebagai salah satu ikon landskap dunia yang diidam-idamkan orang untuk ke sana dengan apa cara sekali pun semata-mata dapat merakamkan foto abadi kenang-kenangan.
Tanah Arab yang tandus suatu ketika dulu berjaya ditransfomasikan oleh warganya, seiring dengan peredaran zaman serta perkembangan teknologi dunia pada waktu ini.
Sehingga Jumaat, 3 April 2020, lebih 1 juta orang dilaporkan sah positif COVID-19 dan lebih 53,000 mangsa telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.
WHO dalam laporannya telah mengishtiharkan COVID-19 adalah wabak yang dikategorikan sebagai penyakit pandemik. - KitaReporters
Antara paparan mesej yang ditayangkan pada dinding gedung skrin gergasi tertinggi dunia. Kredit: FB page @Burj Khalifa