Alam & Sains 12 May, 2020

Sayangnya! Habis semua barangan mewah berkulat akibat PKP!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Selama lebih sebulan negara kita berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi. Namun, kini setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei 2020, sesetengah sektor industri sudah dibenarkan beroperasi bagi memulihkan ekonomi negara. : KitaReporters


Namun, perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai barang-barang jualan di kedai yang rosak menarik perhatian ramai sehingga mendapat ribuan ulang kicau.

Pengguna yang menggunakan nama Iqbal Sheikh Ali itu berkongsi gambar-gambar barang jualan seperti kasut, beg dan dompet yang telah rosak akibat ditumbuhi kulat.

Lebih malang, barangan tersebut adalah barang berjenama yang harga mencecah ratusan ringgit.

“Akibat terlalu lama tak buka kedai semasa tempoh PKP guys. Bukan biasa-biasa punya cendawan ni, ya Allah,” tulisnya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada dia pemilik kedai atau hanya bekerja di situ.


Ciapannya itu mendapat respons netizen dan ada yang mendakwa kejadian itu disebabkan udara yang lembap sehingga menyebabkan barangan tersebut ditumbuhi kulat.

“Udara lembap dalam tu dan sebab itu jadi macam itu. Boleh bersihkan. 

"Pernah kena walaupun dompet berharga RM3,000 dan diperbuat daripada kulit. 

"Kena sebab lama tak pakai kemudian letak dalan ‘dust bag’ dia. Lap dengan tisu atau kain basah, selesai. 

"Bukan sebab kulit atau tidak, tapi sebab udara,” ujar salah seorang netizen.


Nasib baik ia boleh dibersihkan semula. Kalau tak, mahu menangis tepi bucu. 

Mungkin ketika PKP, pendingin udara tidak dibuka hingga menyebabkan udara menjadi lembap sehingga berlakunya pembiakan spora. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested