Alam Canggih 20 Jan, 2021

Video| Besar bangat itu Vespa, bang! Motosikal diubah suai sehingga bahayakan pengguna jalan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KENDERAAN beroda dua seperti jenis Vespa di Indonesia sering diubah hingga tidak memenuhi standard keselamatan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya. Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai sebuah kenderaan sebegitu. : KitaReporters

Motosikal Vespa yang telah diubah suai sehingga boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diinginkan. - Kredit foto: Dari paparan video IG @ indorobeii.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Di Indonesia, pemilik Vespa khususnya Vespa klasik yang mempunyai kelab hampir di setiap daerah biasanya sering mengadakan perjalanan secara beramai atau berkumpulan.

Kebiasaannya pemilik Vespa klasik ini ini akan mengubah suai motosikal agar kelihatan lebih unik dan ‘hebat’ sama ada pada kekuatan enjin mahupun reka bentuknya.

Kebiasaannya modifikasi itu tidak mengikut peraturan jalan raya. Akibatnya ia akan menjadi mangsa disaman oleh pihak berkuasa.



Baru-baru ini tular dalam media sosial berkenaan sebuah Vespa yang telah diubah suai. Ia seperti Vespa klasik yang diubah suai oleh seorang pengguna di Kepulauan Bangka Belitung, Sumatera.

Vespa klasik ini diubah suai kekuatan enjin, manakala struktur badannya dibesarkan hingga memakan separuh jalan. Apabila berjalan dengan bunyi bingitnya turut memakan tiga suku jalan raya.

Ini membimbangkan pengguna jalan yang lain.

Aksi penunggang Vespa ini sempat dirakam dalan video dan dimuat oleh pemilik akaun IG @indorabeii, sekali gus mendapat reaksi negatif daripada netizen di republik tersebut. - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested

Video| Derita di Aidilfitri! Hujan lebat! Penduduk berkesempatan tadah air! Bagi kegunaan harian!

Hujan lebat 3 jam di daerah Besut legakan penduduk kerana dapat kesempatan untuk tadah air hujan bagi kegunaan harian selepas lebih 10 hari bekalan air terputus

Tenun Pahang Diraja: Sudah terbang tinggi, terbang jauh! Tarik perhatian kerabat diraja Britain!

Puteri Diraja Britain, Puteri Anne dan Duchess of Gloucester, Duchess Birgitte berkenan lawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan julung kalinya di London
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 3 days ago

Kesiannya! Ribuan burung jatuh 'dari langit' kerana kelesuan! Gelombang suhu panas jejas kehidupan!

Suhu panas di Gujarat, India memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus kutip ratusan ekor burung setiap hari yang tewas akibat terkesan gelombang panas haba
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 3 days ago

Elak gangguan bekalan air berulang! Ranhill SAJ Segamat diminta sediakan pelan tindakan kecemasan!

Ranhill SAJ Segamat kena sediakan pelan tindakan kecemasan bagi elakkan gangguan bekalan di sekitar Labis pada musim perayaan daripada berulang pada masa depan
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 4 days ago

Video| Untungnya rakyat China! Naik teksi tanpa pemandu! Perkhidmatan Robotaxi pertama di dunia!

Syarikat pemilikan kenderaan pemanduan autonomi terbesar di China, Baidu dan Pony.ai, syarikat pemanduan autonomi dapat permit sulung untuk kendalikan Robotaxi
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 6 days ago